NISSA DAN SABYAN TEMUI PEMINAT DI MELAKA 26 OGOS DEPAN

Selepas kejayaan konsert terdahulu, Kumpulan Sabyan bakal mengadakan konsert terbaharunya di Malaysia dengan memilih Melaka sebagai destinasi pilihan pada 26 Ogos depan. Kumpulan yang berkonsepkan muzik islamik itu antara kumpulan muzik gambus popular dari Indonesia, yang mula mencipta nama sekitar tahun 2018.

Dianggotai oleh tiga orang pemuzik termasuk seorang vokalis utamanya, Khoirunnisa, 23, atau Nissa, Sabyan merupakan kumpulan muzik kerohanian yang memperjuangkan muzik islam sepenuhnya. Kemunculan mereka 3 tahun lalu dengan sebuah konsert pertamanya di Shah Alam, kini Sabyan menerokai pasaran yang lebih luas dengan 'Sabyan Live In Malaysia' yang bakal berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 26 Ogos 2023 bermula 8.00 malam.

Bertemakan Alunan Puitis Cinta Ilahi’, konsert yang dibawakan khas oleh Paksi Jayamas Sdn. Bhd ini merupakan konsert kerohanian dari Indonesia yang harus ditonton bagi penggemar muzik tanah air. Nissa, selaku vokalis utamanya mengakui, dirinya cukup teruja apabila dimaklumkan penganjur, Melaka antara hab pelancongan terbaik di Malaysia, lantaran itu mereka memilih untuk membawakan Sabyan ke Kota Melaka bagi mengadakan persembahan.

Ketika ditemui media di Daigor Hong Kong Muslim Restaurant baru-baru ini, Nissa bersama anggota Kumpulan Sabyan berkata, mereka akan menampilkan sesuatu yang istimewa buat peminat muzik pada 26 Ogos nanti.

Momen-momen indah yang anda belum pernah saksikan akan dipersembahkan pada malam tersebut, kata Nissa dengan nada penuh teruja.

Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan Sabyan Live In Malaysia pada 26 Ogos depan, bolehlah membuat pembelian tiket konsert anda di sini. Tiket-tiket berharga serendah RM75, RM105, RM155 sehinggalah VIP tiket berharga RM355 sedang menanti anda untuk memilikinya.

Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan