PENJENAMAAN SEMULA: FAST TRACK EVENTS KINI 'BOOM CULTURE'



'Fast Track Events Malaysia dengan bangganya mengumumkan penjenamaan semula nama syarikat mereka dan kini digelar BOOM CULTURE. Transisi yang menakjubkan ini memberi gambaran bukan  hanya sekadar nama baru malahan perubahan positif visi agensi menjadi lebih berani, lebih kreatif, bertenaga dan menelusuri pelbagai aspek lain di dalam penglibatan mereka di area pengurusan acara di seluruh Malaysia. 

"Kami teruja untuk mengumumkan identiti baru kami sebagai BOOM CULTURE" ujar Nicol Lim selaku Pengarah Urusan di BOOM CULTURE. "Penjenamaan ini memberi erti dedikasi kami untuk mencapai sasaran yang luar biasa dan memberi kesan menakjubkan kepada pengalaman yang akan diperoleh untuk anda di setiap acara yang akan kami adakan". 
 

Di bawah kelolahan BOOM CULTURE ini, klien dan rakan strategik boleh mengharapkan perkara yang sama akan dedikasi yang diberikan terhadap kecemerlangan dan perhatian setiap perincian yang pernah dilakukan oleh Fast Track Events Malaysia, di BOOM CULTURE, akan lebih bangkit dan bersemangat serta menemui tenaga baru yang luar biasa. Apa yang diusahakan di Fast Track akan tetap dikekalkan namun kini mereka membawakan semangat baru dan pengalaman mereka untuk mengembangkan lagi BOOM CULTURE ke tahap yang lebih tinggi dan meluas untuk projek-projek yang akan datang.   


BOOM CULTURE yang sebelum ini dikenali sebagai Fast Track Events Malaysia adalah sebuah syarikat yang menguruskan beberapa projek dan aktiviti besar diantaranya tvN Movies Fabricated City Movie Premiere bersama Ji Chang Wook, Sony Pictures’ Baby Driver Red Carpet & Premiere bersama bintang Ansel Elgort, Lily James dan Edgar Wright, Tan Sri Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet & Press Conference, pengurusan artis untuk ASEAN International Film Festivals and Awards di Kuching (Donnie Yen, Steven Seagal & Rain (Jung Ji-hoon) ), Warner Bros’ Aquaman and The Lost Kingdom - James Wan Malaysia Tour; dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut; boleh layari laman sesawang rasmi BOOM CULTURE untuk mengetahui projek terbaru dan informasi terkini BOOM CULTURE di www.boomculture.co

Catat Ulasan

0 Ulasan