Konsert pertama Talk To My Manager 2 (TTMM2) menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan peserta apabila pasangan Jamilulhayat & Hussain berjaya muncul sebagai juara minggu pertama dengan markah tertinggi sebanyak 81.33%.
Tempat kedua pula menjadi milik Datuk A. Aida & Azeva yang mencatat 79.67%, manakala kedudukan ketiga diraih oleh Ani Maiyuni & Viviana dengan markah 75.67%. Ketiga-tiga pasangan ini jelas menonjol dari segi persembahan serta keserasian antara pengurus dan artis.
Selain tiga pasangan teratas ini, turut mencuri tumpuan ialah Cik B yang tampil dengan aura tersendiri bersama pengurusnya, Dato’ Sri Vida, sekali gus memberi warna berbeza dalam saingan minggu pertama.
Dalam masa sama, konsert pembukaan ini turut mencetuskan kejutan apabila pasangan Pak Azad & Amarra diumumkan tersingkir selepas berada di kedudukan terbawah bersama Nana Mahazan & Althea serta Linda Jasmine & Ratu. Namun, keputusan tersebut hanyalah gimik dan kesemua peserta disahkan mara ke minggu seterusnya.
Program yang dikendalikan oleh Aznil Nawawi ini menampilkan barisan juri berpengalaman iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Sebanyak 60 peratus markah diberikan kepada pengurus, manakala 40 peratus lagi kepada artis, menjadikan hubungan dan strategi antara kedua-duanya sebagai faktor utama kejayaan.
.png)
Talk To My Manager 2 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan turut boleh distrim menerusi Astro GO serta Sooka.
%202026%20WAJIB%20TONTON%20POSTING%20(49).png)
.png)
.png)

0 Ulasan