Wajarkah Filem Pendek Di Tayangkan di Pawagam?...

Wajarkah sesebuah filem pendek garapan beberapa pengarah muda di tayangkan di semua pawagam di Malaysia? Dan ia ditayangkan sebelum sesebuah filem komersial itu menemui khalayak di layar skrin. Atau perlukan satu pawagam seperti pawagam Digital International Screen GSC mengiktiraf sesebuah filem pendek untuk ditayangkan sepertimana filem digital lain? Mungkin ini persoalan yang kurang difikirkan oleh sesetengah pihak terutama dalam industri perfileman Malaysia, yang lebih memfokuskan tentang pasaran filem komersial sahaja, dan filem pendek dibiarkan terperap dan hanya menyertai beberapa festival filem luar. Kenapa?. Kerana ia indipendent dan rata-ratanya hanya sebuah filem art dan tidak ada unsur komersial dalam sesebuah filem pendek?. Atau mungkinkah sesebuah filem pendek hanya memaparkan unsur realiti berlandaskan kontroversi yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan ia perlu ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia?. Sekiranya ini terjadi, ia sedikit sebanyak menganggu kreativiti pembikin filem dalam mengentengahkan sesuatu isu kepada khalayak.

Walaupun tidak ditayangkan di pawagam, sesebuah filem pendek juga ada diantaranya diupload masuk atau ditonton dalam laman video popular youtube. Yang terbaru, dengan kerjasama FINAS dan Astro, telah mengadakan Skrin Amatur yang mengiktiraf pembikin filem muda untuk menyertai program ini sehinggakan video dan filem mereka disiarkan di laman murai.com. Bukan itu sahaja, banyak jugak acara dan aktiviti menarik turut diadakan bagi menayangkan sesebuah filem pendek untuk dikongsi bersama buat peminat-peminat filem, sepertimana aktiviti yang telah dijalankan oleh Rantai Event, Maskara Shorties, Karyawan Muda dan sebagainya. Akan tetapi, sebanyak mana daya usaha pembikin filem kita untuk mengetengahkan hasil karya mereka, terdapat juga segelintir pihak akan menuding jari seandainya sesebuah karya itu cuba memaparkan suatu yang realiti sebenar-benarnya berlaku dalam masyarakat Malaysia.

Menjadi pembikin filem pendek sangat mencabar bagi sesetengah individu, kerana kita memerlukan kreativiti yang lebih, dalam merencanakan pemikiran melalui paparan visual yang cuba ingin kita sampaikan. Di Malaysia, boleh dikatakan ramai pembikin filem muda yang hanya dikenali melalui filem-filem pendeknya sahaja. Ada di antara mereka telah menyertai beberapa festival filem luar negara, sehinggakan memperolehi beberapa anugerah di sana. Namun begitu, sekiranya ada pihak yang tampil memberikan pandangan bahawa 'wajarkah filem pendek ditayangkan di pawagam sebelum sesebuah filem bermula', nescaya pandangan anda mungkin akan menjadi realiti atau fantasi semata-mata.

Justeru, mewakili semua pembikin filem muda di Malaysia saya merasakan satu hari nanti mungkin industri filem Malaysia akan menayangkan filem pendek di pawagam sebelum filem bermula. Ini sekaligus akan memberikan daya usaha khususnya buat semua karyawan muda untuk mempersembahkan naskhah yang benar-benar boleh dikongsi bersama. Tetapi, perlukah ia ditapis dibawah LPF?, sekiranya filem pendek itu hanya 5 minit ke 10 minit?. Mungkin ia satu tamparan yang hebat buat pembikin filem kita, sekiranya filem pendek mereka mempunyai beberapa shot yang mencabar minda ataupun mempunyai perilaku yang amat sensitif. Atau selepas ini banyak filem pendek akan memaparkan falsafah yag tinggi dengan kritikan yang tersirat, sepertimana filem 'Kala Malam Bulan Mengambang', yang ditafsirkan sebagai sebuah naskhah yang menyingkap pergolakan institusi pentadbiran negara khususnya Kerajaan Malaysia, demi menutup hipokrasi sesetengah pihak, supaya tidak terjadi kontroversi. Oleh itu, sebelum saya menutup bicara ini, persoalan yang ingin saya kongsikan dengan anda 'perlukah sesebuah filem pendek ditayangkan di pawagam, walaupun sekejap cuma sebelum sesebuah filem lain ditayangkan?.' Sekiranya ia benar-benar dilaksanakan, mungkin bertuah bagi anda membuat filem pendek dan ditonton oleh semua penonton. Atau 'kreativiti sesetengah darinya akan terhalang' seandainya filem pendek ditayangkan dipawagam, dan anda akan terhad pemikirannya dalam memaparkan suatu yang gempak untuk santapan minda penonton, kerana risiko 'itu tak boleh... ini tak boleh' akan berlaku dalam sinema kita jika filem pendek di bawa masuk ke pawagam.. Wallahuallam..

p/s: ada berani membuat filem pendek bertemakan 'realiti'.. kerana sekiranya kontroversi mulalah pelbagai pihak tampil mengutip dana kerana miskin..daripada kita yang baru nak bertapak..

Catat Ulasan

0 Ulasan