Galeri Perfileman FINAS, di hantui kisah seram....

Benarkah Galeri Perfileman, Finas yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur mempunyai kisah seramnya yang tersendiri?. Galeri filem dua tingkat yang mempamerkan khazanah perfileman terunggul itu di katakan 'berhantu' dan 'berpenunggu'. Apakah barang-barang yang tersimpan di galeri tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri?. Mengikut sumber yang boleh di percayai, kisah seram tersebut mula dijejaki pada 7 April 2009 yang lalu dan hingga kini akan menunggu kedatangan anda peminat filem .Kenapa ? Jangan kusut minda anda kerana kisah seram tersebut adalah rekaan semata-mata kerana mulai 7 April 2009 yang lalu hinggalah 30 Mei 2009, Pihak FINAS akan mengadakan Pameran Filem-Filem Seram yang memfokuskan semua genre-genre seram tempatan dan akan berkabung di Galeri tersebut selama sebulan. Ingin melihat suasana seram dengan jelmaan mahkluk-makhluk halus secara realiti di galeri filem tersebut?. Ayuh, luangkan masa anda untuk sama-sama menghadiri pameran filem seram terbesar dan kedatangan anda di nanti-nantikan. Masuk adalah percuma.
  • Tarikh: 7 April - 30 Mei 2009
  • Masa : Selasa - Ahad ( Isnin tutup ) 9.00 pagi - 5.00 ptg
  • Tempat : Galeri Perfileman FINAS, No 3, Jalan Pahang Kechil Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
Anda peminat filem seram?. Ingin Menyaksikan pameran seram terbesar di Kuala Lumpur?. Mahukah anda bertemu mesra dengan pelakon-pelakon filem seram tempatan secara dekat?. Ayuh.. jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama kami mulai 7 April hingga 30 Mei 2009.
Masuk percuma

Berita terkini.. akan di updated dari semasa ke semasa...










Catat Ulasan

2 Ulasan

sorensen berkata…
huhuhu.. menchi tau intro iklan nie.. nak pegi la klu ada masa nnt, hehe!
emma songall berkata…
wow.
xleyh miss nieh.
thanks a lot for the info.