Les'Copaque Dinner....


Pada 8 hb April 2008, Les'Copaque Productions telah mengadakan malam penghargaan media di Geng Corner, Shah Alam pukul 8.00 malam bagi meraikan kejayaan filem Geng:Penggembaraan Bermula yang telah mengutip kutipan pecah panggung dalam jangkamasa 8 minggu, sebanyak RM 6,314,526 juta telah dikutip dan jumlah penonton ialah 813,604 orang. Majlis tersebut turut menjemput para media, blogger dan beberapa produser serta agensi terlibat untuk sama-sama memeriahkan acara yang dirancang. Khabarnya, filem Geng akan ditayangkan tidak lama lagi di Kota Indonesia yang mensasarkan beberapa buah pawagam terlibat turut serta menayangkan filem terbaik dari Malaysia ini. Yang menarik pada 'Dinner Night' yang di adakan oleh Les'Copaque tersebut, produksi Les'Copaque Productions telah diiktiraf oleh Malaysian Book Of Record sebagai filem animasi 3D yang pertama di Malaysia dan anugerah ini dikategorikan sebagai diantara anugerah yang terbaik di dalam Malaysia. Justeru, kata pihak produksi, DVD Original yang mengandungi pelbagai 'extra menarik' akan di muatkan di dalam DVD tersebut yang akan berada di pasaran, selepas tayangannya di Indonesia barangkali sekitar Oktober 2009 di pasaran Malaysia. Kepada anda peminat filem yang menghargai filem Malaysia dan hasil kerja anak tempatan dan halal produknya, maka anda nantikan dan dapatkan DVD Geng yang original di pasaran nanti..

Pada malam tersebut, amy ikram juga dijemput antara blogger film untuk memeriahkan acara, tetapi disebabkan faktor-faktor kekangan masa dan tugas, amy ikram tidak dapat menghadirinya. So, kepada kak Nurul dari Les'Copaque Production yang menjemput amy ikram, terima kasih dan i'm so sorry.. tak dapat datang... ruginya.. apapun tahniah buat GENG yang mengutip RM 6.32 juta

awas!!! dapatkan yang original...

Catat Ulasan

2 Ulasan

Ehsan Ismail berkata…
Tahniah kepada Les Copaque. This 3D animation movie is world-class standard.

Saya tabik kepada anak-anak muda Malaysia yang begitu kreatif dan faham apa kehendak masyarakat.
saya tonton filem ini 3 kali...sebuah produk yang berkualiti dan menghiburkan...komersial dan kualiti seimbang..jadi jangan hairan kalo dh kutip 6 juta lebih...TAHNIAH!!!!!