'Aku tidak halalkan darahku jatuh ke bumi.....'


'Aku tidak halalkan darahku jatuh ke bumi.....'
.. Cuba bayangkan seandainya, perkataan ini terpancul keluar dari mulut seseorang yang anda cintai atau kenali. Seram bukan?. Tetapi, perkataan ini merupakan satu lagenda kepada sebuah pulau ternama di Malaysia. Ia di ucapkan oleh seseorang insan yang dihukum bunuh tanpa kerelaannya. Sejak dari itulah sebuah kawasan yang dahulunya gah, bertukar kepada sebuah persekitaran yang tidak tenteram, tidak aman dan menjadi padang jarak padang terkukur. Barangkali anda semua, sudah tahu bukan siapakah yang saya maksudkan?. Beliau ialah seorang insan yang akan diceritakan semula lagendanya di sebuah pentas ternama di Kota Metropolitan, Kuala Lumpur. Ayuh... jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Teater Mahsuri yang akan dilakonkan oleh Vanidah Imran dan Arja Lee yang akan dipentaskan mulai 24 April hingga 30 April 2009.... Jangan lupa


* Mahsuri.. sebuah teater yang akan menyentuh perasaan anda. Pastikan anda tidak terlepas daripada menonton teater arahan Fauziah Nawi pada 24 hingga 30 April 2009. Nantikan berita-berita terkini mengenai teater Mahsuri ini hanya di blog ini sahaja, akan datang...!

Catat Ulasan

0 Ulasan