Mulai esok, 9 hb April 2009, Filem terbaru arahan Pierre Andre, 'Jangan Tegur' akan menemui penonton di pawagam seluruh negara. Filem yang membariskan
..
Jika anda mahu membaca skrip asal Jangan Tegur garapan Fairuz... anda bolehlah klik di bawah
http://jangantegur.com/
dan menghubunginya.... terpulang pada dia nak kasi ke tak...
- Jangan Tegur, skrip asal telah di hantar oleh Mohd Fairuz kepada pihak Metrowealth Movies dan telah di 'cop' pengesahannya oleh Metrowealth.
- Beberapa bulan lepas, timbul isu skrip ini telah di ciplak skrip daripada skrip asal yang dihantar.
- Saya telah membaca kedua-dua skrip ini semalam iaitu skrip tulisan Pierre Andre dan Skrip oleh Mohd Fairuz. Memang berbeza tapi sama dari sudut intipatinya.. Macam mana tue? kalau secara kebetulan, kenapa boleh sama dari sudut dialog sesetengah ketikanya ada menyebut ' jangan ditegur....'.. Ciplak atau tidak?
- Pandai betul diorang mengubah semua watak dan naratif cerita daripada skrip asal. Garapan Pierre lebih dramatik dan menakutkan. Tidak percaya?. Tengok je filem nie esok ye... So... bagaimana pula dengan nasib penulis asal?. Kata Ahmad Idham, secara kebetulan skrip nie sama. Boleh pulak macam tue kan?.
- Skrip asal Jangan Tegur ada 95 pages, manakala skrip tulisan Pierre Andre pula hanya 45 pages. Semua watak berubah nama, jalan cerita, lokasi pun berubah keseluruhannya... cuma sama dari segi inti asalnya... Pandaikan diorang ?. Jikalau di bawa ke Mahkamah isu ini, susah beb.. sebab jalan cerita dan watak dah berubah sedikit. Pening juga aku membaca dan menganalisisnya semalam...
- Jangan Tegur tulisan Fairuz terlalu padat dengan jalan ceritanya, wataknya yang pelbagai manakala intinya berjaya menimbulkan mood seram. Mungkin ia menarik. Sebab itulah, penertbit filem ini menggunakan tajuk yang sama untuk Pierre Andre. Jikalau nak tiru atau ciplak pun, ubahlah tajuknya dan keluarkan perkataan 'Jangan Tegur' kerana, pemilik asal idea ini ialah Fairuz Padoli.. Kenapa tak dihargai karyanya?. Sebab beliau budak baru dan senang ditindas?.
- Olahan Pierre Andre ada sedikit perubahannya.. beliau tidak meniru bulat-bulat karya Fairuz tetapi ada persamaan dari segi intinya.
- Justeru, saya tidak boleh menghukum mana-mana filem sekalipun, cuma apa yang ingin saya kongsi di sini ialah 'tolonglah menghargai idea dan pemikiran penulis asal' . Jikalau mahu menggunakan tajuk yang sama, tolonglah hargai penulis asal skripnya.. susah sangat ke nak hargai dengan menulis ... idea asal.... gembira sikit beb... pada penulisnya..
* Jangan Tegur akan ditayangkan esok.. ulasan terhadap filem tersebut akan di updated tidak lama lagi bersama-sama ulasan terperinci mengenai isu ciplak ini akan datang....
Jika anda mahu membaca skrip asal Jangan Tegur garapan Fairuz... anda bolehlah klik di bawah
http://jangantegur.com/
dan menghubunginya.... terpulang pada dia nak kasi ke tak...
p/s: Ketika artikel ini ditulis, saya menerima maklumat bahawa antara mereka tidak bermasalah cuma mereka teraniayai antara satu sama lain... jadi siapa yang bersalah dalam hal ini, David Teo? Ahmad Idham? Fairuz Padoli? atau Pierre Andre?. sama-sama kita menantikan penjelasan terperinci berkaitan isu ini yang akan dikupas oleh beberapa orang teman media nanti.. katanya.. hmm
8 Ulasan
Pendapat saya ianya tidak menjadi masalah sekiranya screenplay itu di buat oleh tuan direktor sendiri. Kalau di US ia di sebut Writer-Director. Dia menulis skrip dan dia yang mengarahnya.
Yang kasihannya, penulis asal skrip atau screenplay itu hanya seorang penulis dan bukan seorang direktor dan tidak ada niat nak jadi director.
Maknanya penulis asal menyerahkan skrip asal kepada tuan direktor untuk memvisualizekan skrip asal itu.
Sistem di Hollywood begini :
Skrip si tulis oleh ABC
Dalam kredit filem Hollywood -
Screenplay by ABC (penulis asal)
Directed by DEF (tuan direktor)
Screenplay itu adalah skrip filem cereka.
Tapi di Malaysia :
Skrip asal di tulis ABC
Dalam kredit filem Malaysia -
Scripwriter oleh ABC penulis asal)
Screenplay oleh DEF (direktor)
Apa beza scripwriter dan screenplay/screenwriter?
Mungkin pendapat di Malaysia screenplay adalah shooting script.
Di Hollywood :
Screenplay adalah skrip filem cereka. Bila sudah final draft baruulah di transform menjadi Shooting Script.
Sudah tiba masanya penulis asal skrip di Malaysia di beri kredit "Screenplay by PENULIS ASAL" dalam filem.
Wassalam.
Scriptwriter - boleh jadi buat skrip untuk ceramah, dokumentari, script computer programming, skrip untuk animasi 3D dll.
Screenwriter buat Screenplay - Skrip Khas hanya.... untuk filem cereka. Kalau untuk TV di gelar Teleplay. Istilah Play itu adalah Drama. Penulis skrip untuk play atas screen/layar/TV digelar screenwriter.
Jadi istilah kena jelas.
Mungkin kita boleh research dalam kredit filem Hollywood ada tak "Scripwriter by ABC" dan Screenplay by DEF" dipaparkan?. Saya rasa tidak. Yang ada "Written by...." atau hanya "Screenplay by..."
Dalam Festival Filem Malaysia rata-rata pemenang Screenplay terbaik selalunya tuan direktor itu sendiri. Kalau tak silap, adakah tidak... anugerah oskar screenplay terbaik di perolehi oleh penulis asal lakonlayar yang bukan seorang direktor filem?
Contoh filem "Juno" Direktor ialah Jason Reitman. Tapi Screenplay atau screenwriter ialah Diablo Cody atau Brook Busey (perempuan - masih muda - lahir 1978 di Chicago). Screenplay Terbaik 2008. Diablo bukan seorang direktor. Dia hanya seorang penulis. Sebagai contoh.
Maknanya di Malaysia bilakah lagi ada wujud screenwriter yang professional yang bukan seorang direktor filem?
Juga bererti seorang direktor tidak boleh mengubah keseluruhan skrip asal penulis. Sekiranya DI OLAH SEMULA dan bila dalam kredit filem "Lakon layar oleh Direktor itu sendiri" maka apa akan jadi pada masa depan penulis asal itu yang memerah otak untuk membuat sebuah cerita?
Untuk lebih selamat, Screenplay bukannya Shooting Script. Shooting Script/Production Script adalah transformasi dari Screenplay yang khas untuk digunakan oleh tuan direktor dan production crew ketika proses shooting.
Saya percaya anak-anak muda sekarang lebih tahu perkara ini.
Harus di ingat : Dalam Screenplay tidak ada istilah Close-Up, Zoom, Pan, Pull Back to Reveal. Itu bukan kerja screenwriter. Itu kerja tuan direktor. Ia hanya ada dalam Shooting Script.
Screenplay paling modern atau kontemporari semenjak awal 90an sampai sekarang adalah very clean dan many white space. Vertical oriented.
Sumber dari artikel screenwriting.
fairuz ada mengatakan ahmad idham yg memintak skrip pada sesiapa penuntut di aswara secara by hand la..sebab apa aku taktau la...so mungkin ahmad idham menerima skrip itu dan terlupa dan menganggap si fairus ni budak2 hingusan dan mentah lagi...walhal fairus ni adalah seorang wartawan dan sudah menerbit karyanya sendiri...aku terkilan bila kes ni timbul dan agak memalukan pengkarya terutamanya orang2 muda yang menuntut di dalam bidang seni ini..
harap sekutu2 yang menciplak skrip tu hormat la hasil seni orang lain...JANGAN SILAP ORANG!
sepatutnya kalau pengarah tue nak buat filem, fikirlah story sendiri la.. jgn nak curi idea orang lain.. orng lain penat memikir, satu hari satu malam...sebab apa?. sebab nak buat cerita menarik.. jikalau perkara mcm nie di biarkan, nescaya industtri filem malaysia akan lingkup... jadi sama2 kite menciplak dan mencuri la ye..
Aku pun tak tahu nak komen apa ya?bari saja berkesempatan menjangah internet ni... hmmm -FAIRUZ PADOLI