Mulai esok, 9 hb April 2009, Filem terbaru arahan Pierre Andre, 'Jangan Tegur' akan menemui penonton di pawagam seluruh negara. Filem yang membariskan Julia Ziegler, Pierre Andre, Nadia Mustafar, Almy Nadia, Ellie Suriaty, Azri Iskandar dan Rozita Che Wan ini di katakan sebuah karya yang menciplak idea penulis skrip bebas, Mohd Fairuz Padoli atau M.F Kenchana. Benarkah andaian ini?. Sama-sama kita tunggu dan lihat sajalah filem ini akan membuka tirainya esok yang khabarnya akan menggemparkan dan menakutkan penonton dengan aksi-aksi yang menyeramkan. Percaya atau tidak, semalam saya menerima 2 email daripada penulis skrip Jangan Tegur ini, iaitu Salinan Skrip Jangan Tegur oleh Pierre Andre dan Salinan skrip nukilan Mohd Fairuz. Kedua-duanya amat berbeza, kenapa?. Jom kita selidiki secara ringkas antara kedua-duanya....



Jangan Tegur Pierre Andre dan Fairuz Padoli
..

Align Center
  • Jangan Tegur, skrip asal telah di hantar oleh Mohd Fairuz kepada pihak Metrowealth Movies dan telah di 'cop' pengesahannya oleh Metrowealth.
  • Beberapa bulan lepas, timbul isu skrip ini telah di ciplak skrip daripada skrip asal yang dihantar.
  • Saya telah membaca kedua-dua skrip ini semalam iaitu skrip tulisan Pierre Andre dan Skrip oleh Mohd Fairuz. Memang berbeza tapi sama dari sudut intipatinya.. Macam mana tue? kalau secara kebetulan, kenapa boleh sama dari sudut dialog sesetengah ketikanya ada menyebut ' jangan ditegur....'.. Ciplak atau tidak?
  • Pandai betul diorang mengubah semua watak dan naratif cerita daripada skrip asal. Garapan Pierre lebih dramatik dan menakutkan. Tidak percaya?. Tengok je filem nie esok ye... So... bagaimana pula dengan nasib penulis asal?. Kata Ahmad Idham, secara kebetulan skrip nie sama. Boleh pulak macam tue kan?.
  • Skrip asal Jangan Tegur ada 95 pages, manakala skrip tulisan Pierre Andre pula hanya 45 pages. Semua watak berubah nama, jalan cerita, lokasi pun berubah keseluruhannya... cuma sama dari segi inti asalnya... Pandaikan diorang ?. Jikalau di bawa ke Mahkamah isu ini, susah beb.. sebab jalan cerita dan watak dah berubah sedikit. Pening juga aku membaca dan menganalisisnya semalam...
  • Jangan Tegur tulisan Fairuz terlalu padat dengan jalan ceritanya, wataknya yang pelbagai manakala intinya berjaya menimbulkan mood seram. Mungkin ia menarik. Sebab itulah, penertbit filem ini menggunakan tajuk yang sama untuk Pierre Andre. Jikalau nak tiru atau ciplak pun, ubahlah tajuknya dan keluarkan perkataan 'Jangan Tegur' kerana, pemilik asal idea ini ialah Fairuz Padoli.. Kenapa tak dihargai karyanya?. Sebab beliau budak baru dan senang ditindas?.
  • Olahan Pierre Andre ada sedikit perubahannya.. beliau tidak meniru bulat-bulat karya Fairuz tetapi ada persamaan dari segi intinya.
  • Justeru, saya tidak boleh menghukum mana-mana filem sekalipun, cuma apa yang ingin saya kongsi di sini ialah 'tolonglah menghargai idea dan pemikiran penulis asal' . Jikalau mahu menggunakan tajuk yang sama, tolonglah hargai penulis asal skripnya.. susah sangat ke nak hargai dengan menulis ... idea asal.... gembira sikit beb... pada penulisnya..
* Jangan Tegur akan ditayangkan esok.. ulasan terhadap filem tersebut akan di updated tidak lama lagi bersama-sama ulasan terperinci mengenai isu ciplak ini akan datang....


Jika anda mahu membaca skrip asal Jangan Tegur garapan Fairuz... anda bolehlah klik di bawah
http://jangantegur.com/
dan menghubunginya.... terpulang pada dia nak kasi ke tak...

p/s: Ketika artikel ini ditulis, saya menerima maklumat bahawa antara mereka tidak bermasalah cuma mereka teraniayai antara satu sama lain... jadi siapa yang bersalah dalam hal ini, David Teo? Ahmad Idham? Fairuz Padoli? atau Pierre Andre?. sama-sama kita menantikan penjelasan terperinci berkaitan isu ini yang akan dikupas oleh beberapa orang teman media nanti.. katanya.. hmm