Selepas Anuar Zain dan Datuk Siti Nurhaliza yang mengadakan konsert di Istana Budaya beberapa minggu lepas, kini giliran Asiapromote Ventures Sdn Bhd dan LD Sports Sdn Bhd pula akan mementaskan sebuah persembahan terhebat yang menggabungkan beberapa nama besar di dalam Industri Bollywood. Konsert yang dinamakan Merchants of Bollywood ini akan menemui penonton tempatan mulai 14 hingga 26 Julai 2009 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Walaupun menyediakan harga tiket serendah RM 70 hingga RM 500, konsert yang dikatakan cukup berwarna-warni ini, laris bagaikan pisang goreng panas. Apatah lagi, semua seat dari hadapan, tengah dan atas Panggung Sari Istana Budaya kini rancak dijual dan menunggu masa untuk persembahannya sahaja. Kepada anda yang sememangnya meminati irama Bollywood dan ingin menyaksikan persembahan yang cukup memukau itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan tiket anda sekarang di Istana Budaya sebelum ia kehabisan stok!!.
Merchants of Bollywood Concert 2 Hours Non Stop at Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur 14-26 July 2009 teaser promo
Catat Ulasan
0
Ulasan
Perspektif Berita dan Hiburan Semasa
WT founded by Amy Ikram
WAJIB TONTON & OMS!
Semua artikel yang diterbitkan dalam laman ini adalah hak cipta terpelihara milik Wajib Tonton. Sebarang salinan semula bagi apa-apa tujuan sekalipun tidak dibenarkan, kecuali dengan kebenaran. Anda boleh menghubungi amyikram@wajibtonton.com atau wajibtonton.my@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.
TIKTOK WAJIB TONTON
Ikuti TikTok Rasmi WajibTonton untuk menonton video-video terkini
SINEMA ASIA: NOVEMBER 2023
Antara seleksi filem-filem terpilih yang ditayangkan bermula pada 23 November 2023. Filem terbaru akan dikemaskini setiap minggu. Selamat menonton.
23 NOVEMBER 2023 - WAR ON TERROR: KL ANARKI (Malay)
Pengarah: Kroll Azry, Frank See Pelakon: Aedy Ashraf, Farali Khan, Qi Razali, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha, Noki K. Clique, Naque Ariffin, Wan Hanafi Su, Kahoe Hon.
WAJIB TONTON merupakan blog rasmi Amy Ikram. Sebarang pengiklanan, promosi dan pertanyaan, makluman atau jemputan, sila emelkan kepada admin blog ini -
amyikram@wajibtonton.com / wajibtonton.my@gmail.com
Setiap iklan yang tertera di muka hadapan portal ini adalah ekslusif. Untuk mendapat slot ini, boleh guna emel di atas untuk terus berhubung dengan admin blog ini.
0 Ulasan