Jika ditinjau dari sudut siaran produk tempatan agar tidak klise dan sama seperti siaran Astro yang lain, sewajarnya Astro Citra lebih menumpukan kepada penayangan filem-filem terbaru yang telah ditayangkan dipawagam sepertimana saluran Astro Box Office Movies. Harus diingat bahawa, Astro Citra perlu mengekalkan originalitinya ke arah kualiti produk di mana semua filem yang ditayangkan di Astro Citra, tidak boleh ditayangkan di saluran Astro yang lain. Ini perlu untuk membandingkan Astro Citra dengan saluran yang lain. Justeru, seandainya ia berlaku sepertimana yang dicadangkan, maka kita akan menyaksikan bahawa saluran Citra ini akan mempunyai jumlah pelanggannya yang mungkin bertambah dari semasa ke semasa. Jika tidak, ia akan dianggap Saluran Kirana No 2 yang perlu dibayar!. Tepuk dada tanya selera!!.
**Di harapkan pihak ASTRO dapat memperbaiki mutu siaran saluran baru ini. Dan jangan mengulangi tayangan filem-filem yang telah ditayangkan dari bulan ke bulan.. okay!!.**
0 Ulasan