Berahi cyber di 4 portal paling sensasi... Gunakanlah Internet dengan sebaiknya!!

Penyalahgunaan internet dikalangan rakyat Malaysia berada di paras yang agak membimbangkan. Purata jumlah pelayar internet di Malaysia adalah paling tinggi dikalangan anak-anak muda belasan tahun tidak kira peringkat umur, jantina dan agama. Dalam situasi ini, golongan dewasa juga tidak terkecuali menjadikan internet sebagai medium bertukar-tukar kenalan sehinggalah membawa kepada perhubungan seks songsang sesama jenis, berlainan jenis ataupun sebagai port pelacuran alternatif dalam talian sehingga menjadi pusat perniagaan yang menguntungkan.

'Manjam, Facebook, Myspace, Yahoo Messenger (YM)' dan sebagainya boleh dikatakan antara portal yang cukup berpengaruh dikalangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Ia menyediakan pelbagai kemudahan terkini seperti video chatting, kiriman mesej bertulis mahupun bergambar sehinggalah kepada rakaman video samada secara professional ataupun melalui video kamera bertelefon. Kemudahan seperti ini seringkali disalahgunakan oleh mereka kerana dianggarkan 80% golongan pelayar Internet adalah remaja dan dewasa. Golongan seperti ini kebanyakkannya menggunakan internet adalah sekadar untuk melepaskan nafsu yang terbuku dengan melayari laman-laman lucah tempatan dan antarabangsa sehinggalah sanggup memalukan diri sendiri dengan berbogel di Internet melalui khidmat Yahoo Messenger (YM) . Bukan itu sahaja, ada juga di antara kita sanggup mengambil risiko dengan memasukkan gambar-gambar orang lain dengan tujuan mengaibkan beliau di dalam portal yang kerap kali menjadi tumpuan ramai. Apakah tidak takut seandainya perbuatan kita menjadi isu yang agak panas dan kita dituduh mencemarkan maruah orang lain sehinggakan disumbat ke dalam penjara akibat kelalaian dan keseronokkan kita yang tidak bertempat itu.

Justeru, kemajuan dan perkembangan sistem internet bermaklumat wajar digunakan dengan sebaik-baiknya dan diadaptasikan secara positif oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini boleh dilihat melalui kewujudan rangkaian terkini seperti 'facebook', 'twitter', 'blog' , 'wordspress' dan sebagainya kerana bangsa Malaysia yang bermaruah adalah satu bangsa yang menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara betul, adil dan saksama. Maka, janganlah mencabar pihak kerajaan untuk mewujudkan undang-undang baru berkaitan 'penapisan internet' kerana di Malaysia undang-undang sebegitu belum wujud dan tidak dikuatkuasakan.
Wallahuallam.

**Apakah Malaysia sebuah negara yang memberikan kebebasan kepada kita untuk melayari laman-laman internet sesuka hati, sehingga mewujudkan polimek tersendiri di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum?. Kurangkanlah melayari laman-laman negatif sepanjang kita berpuasa di bulan Ramadan, kerana itu boleh mengurangkan pahala kita seadanya.Salam Ramadan..**

Catat Ulasan

0 Ulasan