'Director Version', Puteri Gunung Ledang Series di Astro Citra... Disember ini!!!

Selepas pementasan teater bertaraf dunia melalui adaptasi dari sebuah filem cereka, Puteri Gunung Ledang (PGL) akan menemui penonton di kaca tv melalui slot Suatu Ketika, hanya di Astro Citra. PGL version drama bersiri 4 episod ini akan mula ditayangkan secara ekslusif di saluran 131, Astro Citra bermula 2 Disember 2009, pukul 9.00 malam. Menariknya, PGL version siri TV ini adalah suntingan khas daripada pengarah di mana penonton berpeluang untuk menyaksikan lima babak menarik yang sudah dipotong dan tidak dimuatkan ketika versi filem ditayangkan. Antara babak yang dimaksudkan termasuklah adegan tarian Kraton yang menyelit kesan khas dan unsur magis. Menurut Datin Seri Tiara Jacquelina, pelakon dan penerbit eksekutif Enifiti Productions, “Kewujudan versi drama ini juga mula menyingkap kembali kenangan dan momen indah serta nilai sentimental yang dikaut sewaktu penghasilan filem ini. Malah ia seiring dengan ulang tahun sambutan PGL yang kelima pada tahun ini. “Filem ini terhasil dengan penuh kasih sayang dan dedikasi setiap orang penting yang terbabit daripada setiap sudut. Drama ini tiada beza seperti format filem yang dipecahkan menjadi empat episod. Selain empat episod, turut dimuatkan satu episod khas di sebalik pembikinan PGL,” kata Tiara yang ditemui di Borneo Rainforest Restaurant, Sunway Piramid minggu lalu.

Selain daripada siri tv PGL ini, pelanggan Astro yang melanggan saluran Mustika melalui Astro Citra, juga berpeluang menyaksikan The Making Of PGL secara eklsusif di samping sebuah dokumentari khas yang bakal ke udara di saluran Prima. Justeru, amat bertuahlah kerana Puteri Gunung Ledang Version Director Cut ini pertama kali dipertontonkan kepada khalayak melalui Citra. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

PGL Trailer
p/s: Bila pulak nak tayangkan Teater P.Ramlee The Musical dan PGL Teater secara ekslusif. Apa kata saya cadangkan pada pihak astro agar mewujudkan satu saluran baru iaitu 'PGL'.. hahaha. baru best. How?

Catat Ulasan

0 Ulasan