'Cun', filem terbaru Osman Ali



*gambar sekadar hiasan*


Selepas mengarahkan filem Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru dan Anak Halal, pengarah filem sensasi, Osman Ali kini dalam proses produksi bagi filem terbaru arahannya berjudul 'Cun'. Filem yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul ini dibarisi oleh Maya Karin, Remy Ishak, Ning Baizura, Kartina Aziz, Faezah Elai, Jehan Miskin, Nadia Nisha dan Mohd. Erzan Shahwira. Menurut Osman, 'tajuk Cun dipilih buat sementara waktu dan apabila sudah mendapat ilham untuk tajuk sebenar, barulah saya akan memberitahunya kelak', kata Osman Ali. Filem komedi romantik ini sebenarnya merupakan sebuah kisah cinta yang agak menarik, dan ia telah menjalani penggambaran di sekitar Pulau Langkawi dan beberapa kawasan sawah di negeri Kedah. Selain Kedah, penggambaran filem ini juga dibuat di Kuala Lumpur serta Kuala Perlis, Perlis. Menurut Osman Ali lagi, "Filem ini berbeza dengan filem-filem yang pernah saya arahkan kerana ini adalah filem komedi romantik yang pertama arahan saya". katanya.

p/s: Saya harapkan filem ini tidak mengecewakan khalayak penonton sepertimana filem Duhai Si Pari-Pari arahan Azmi Md Hatta.

Catat Ulasan

0 Ulasan