Ujibakat Filem terbaru Momok... Jangan Panggil Aku!!

Galaksi Seni Sdn.Bhd. akan menerbitkan filem keduanya berjudul "MOMOK..Jangan Panggil Aku." (MJPA). Filem MJPA dijangka akan memulakan penggambaran selewat-lewatnya pada pertengahan bulan March 2010. MJPA bukanlah filem kesinambungan kepada filem MOMOK The Movie. Genre MJPA lebih menyeramkan dan berlokasikan tempat kejadian sebenar di Lebuhraya Karak, Bentong , Lancang, Kuantan, Kg. Tanjung Medang, Kg. Pulau Rusa dan bandar diRaja, Pekan, Pahang.

Dengan `Tagline'.... "Misteri Tidak Boleh Dicari...IaNya Terjadi' jelas menunjukkan MJPA lebih serius dari segi penceritaannya kali ini..Antara nama-nama pelakon yang dicadangkan membintangi filem ini ialah Julia Zieglar, Zahida Rafiq, Ariff S.Shamsudin, Jalil Hamid, Dato' Seniwati Sarimah , Azzarima Elite dan Rafi Khan. Beberapa pelakon baru dari Sabah, Sarawak , Singapura dan Negara Brunei Darussalam akan turut diperkenalkan..Filem ini bakal diarahkan oleh M.Jamil.

Galaksi Seni Sdn.Bhd kini sedang berharap untuk mencungkil mereka-mereka yang berbakat untuk memegang beberapa watak bagi filem ini. Antara faktor untuk kelayakan ujibakat ialah :

  1. Wanita berumur 18-30'an
  2. Wanita berketurunan Melayu, Cina, India layak memohon dengan syarat fasih berbahasa kebangsaan.
  3. Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki
  4. Bertubuh langsing dan berambut panjang.
  5. Mereka yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Brunei digalakkan menghadiri ujibakat ini.

Sila datang dengan membawa bersama photo berukuran poskad ke alamat:

Galaksi Seni Sdn. Bhd
N0. 18-1, Jalan Bukit Setiawangsa,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur

Tarikh: 13, 14, 15 Januari 2010
Waktu: 2:00 - 7:00 petang.

Untuk sebarang pertanyaan sila emailkan ke galaxyseni@yahoo.com atau telefon 03-42574858.

Harap maklum


"Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian. Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan dan keyakinan mampu mengayuh roda kehidupan...Penuh ketenangan, merempuh ujian. Tuluslah dengan TUHAN, telus Ikhlaslah sesama INSAN. Kurangkan Pembohongan, jauhi Pengumpatan, tetapkan nawaitu yang baik. Berhijrahlah kita ke zon rahmat dan keberkatan"....................

Blog Rasmi: http://momokthemovie.blogspot.com/
Laman Web Rasmi : http://www.galaksiseni.com/

p/s: Bagi anda yang impikan untuk menjadi pelakon filem.. apa kata datang sesi ujibakat ini okay!!

Catat Ulasan

0 Ulasan