Minggu Bahasa Perancis ke-15.. semua dijemput hadir!!


Minggu Bahasa Perancis (Semaine de la langue française et de la francophonie) yang disambut setiap tahun di serata dunia juga telah mendapat sambutan hangat di Malaysia berkat komitmen padu yang diberikan oleh 23 kedutaan asing di Kuala Lumpur yang menjadi ahli L’Organisation internationale de la Francophonie (OIF - Organisasi Antarabangsa Negara-Negara Penutur Bahasa Perancis) seperti Albania, Austria, Belgium, Kemboja, Kanada, Croatia, Republik Czech, Mesir, Perancis, Ghana, Guinea, Laos, Lebanon, Maghribi, Mauritius, Poland, Romania, Senegal, Slovakia, Switzerland, Thailand, Ukraine, Vietnam.

L’Organisation internationale de la Francophonie (OIF - Organisasi Antarabangsa Negara-Negara Penutur Bahasa Perancis) terdiri daripada 56 negara ahli dan kerajaan, serta 14 negara pemerhati. Misi utama organisasi ini adalah untuk mempromosikan bahasa Perancis sebagai bahasa antarabangsa dan juga mengetengahkan kepelbagaian kebudayaan dan linguistik di dalam era globalisasi ekonomi. Terdapat 200 juta penutur bahasa Perancis dari serata lima benua.

Filem Pendek di FINAS

Sempena minggu ini, tayangan filem-filem pendek dari Belgium, Canada, Perancis, Mauritius, Morocco, Romania, Senegal dan Switzerland akan dianjurkan. Filem-filem yang bertopikkan fiksyen dan animasi – berserta sarikata bahasa Inggeris - merangkumi pelbagai isu dari pertandingan telefon bimbit di kalangan warga tua di bilik menunggu sehinggalah ke sebuah cerita tentang percutian.

Maklumat lanjut :
Tarikh : 24 Mac 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : FINAS, Lot 1662, Bt 8, Jalan Hulu Kelang, Ampang
Untuk Program Minggu Bahasa Perancis : www.ambafrance-my.org

p/s: Semua warga filem dijemput hadir!!

Catat Ulasan

0 Ulasan