Relevankah Debaran AF 8, diadakan?

Apabila menonton konsert pertama Akademi Fantasia musim ke-8 yang dihoskan oleh Jimmy dan Sarimah Ibrahim, penonton akan menunggu ke akhir rancangan untuk mengetahui peserta mana yang terselamat dan tersingkir. Untuk musim terbaru 2010, debaran konsert pertama yang sepatutnya mengumumkan keputusan pada malam konsert, beralih pada malam kedua, melalui program Debaran AF yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim. Persoalannya, relevankah Akademi Fantasia musim ke-8 mempunyai format Debaran AF?. Apakah penantian dan saat-saat kemuncak setiap konsert dilanjutkan malam ke-2?. Mungkin team AF8 mempunyai jawapannya tersendiri untuk mengadakan dua format AF8 iaitu 'Malam Konsert' dan 'Debaran AF'!. Rata-rata penonton yang saya temui, mempunyai pendapat yang amat berbeza iaitu tidak menggemari Debaran AF, kata mereka 'keputusan konsert dan debarannya perlu pada malam konsert bukan sebaliknya. Anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza. Lontarkan di sini, kita kongsi bersama.

Tepuk dada tanya selera..

Catat Ulasan

1 Ulasan

dzhafqimmurai berkata…
Saya fikir sebenarnya idea membuat Debaran AF adalah kerana sepanjang AF terdahulu kita selalu tengok penyingkiran pelajar yang paling berbakat seperti Sahri AF1, Linda Nanuwil AF2, Idayu AF3, Lotter AF4, Aizat AF5, & Aril AF7 sedangkan peminat yang mengundi AFNUDI pelajar tersebut leka, terlupa, atau sibuk menonton rancangan lain sehingga tidak AFUNDI pelajar. Jadi , Debaran AF adalah lebih baik dibuat supaya pengundi akan diberi masa sehingga 9malam Ahad, termasuklah yang menonton ulangan Konsert AF8 sebelum Debaran AF. Jadi, lebih baik teruskan format baru AF yang lebih asas & senang. PS - JANGAN LUPA saya tak berkenan ASTRO tidak meneruskan cara mengundi AFUNDI melalui talian tetap TM dan/atau Butang R.