Aku pun tak tau nak cakap apa lagi.. cuma menantikan saja filem 2 Alam yang khabarnya akan pecah panggung RM 20 juta seperti yang disasarkan produser popular ini, Dr. Rozmey. Kontroversi 2 Alam diperdebatkan hebat di kalangan warga industri apabila Dr. Rozmey menolak untuk menerima Skim Wajib Tayang (SWT) yang merupakan platform terbaik bagi karyawan filem samada produser tempatan untuk menayangkan filem mereka di pawagam mengikut jadual antara SWT ( Skim Wajib Tayang) dengan pemilik panggung.
Filem 2 Alam yang dijadualkan tayangannya oleh DR.Rozmey pada 31 Mei 2010, bertukar kepada 10 Jun.. dan terkini beralih pula kepada 30 September 2010 mengikut budi bicara pemilik panggung seperti yang diberitahu Dr.Rozmey dalam laman sosialnya, facebook. Namun, antara ya atau tidak, sama-samalah kita menantikan saja filem ini yang dikatakan akan mencipta rekod baru dalam dunia perfileman dan sejarah filem-filem melayu. Benarkah andaian Dr.Rozmey ini sedangkan Preview pada media belum dilakukannya!.
Tepuk dada tanya selera...
p/s: Saya percaya jika Dr.Rozmey menggunakan khidmat Skim Wajib Tayang FINAS, perkara ini tidak akan berlaku. Tetapi, dalam situasi ini DR. Rozmey perlu bersaing dengan produser-produser luar negara jika mahu menayangkan 2 Alam sendiri di panggung. Jangan pula bertukar kepada tahun 2011 pula. Nanti rakyat Malaysia kata .. propa pulak.. hehehe...
3 Ulasan