Zaiton: Ceritaku.. kembalikan zaman kegemilangan Zaiton Sameon!!!

Sebut sahaja nama Zaiton Sameon, tentunya ramai di antara anda cukup mengenali penyanyi bersuara seksi ini. Bakat nyanyiannya mula diakui menerusi lagu Menaruh Harapan, apabila dinobatkan Juara Lagu pada tahun 1987. Kemudian, namanya menjadi suram apabila muncul bakat-bakat baru dalam dunia nyanyian sehinggakan popularitinya dilupakan generasi masa kini. Namun, 2010 bakal memulakan dimensi baru era kegemilangannya apabila Fauziah Nawi menerusi produksi Bruang Filem Sdn Bhd bakal tampil dengan filem pertama arahannya, Zaiton : Ceritaku yang memulakan penggambaran pada 16 Jun ini. Filem yang bakal menyentuh perasaan ini akan dilakonkan oleh Mislina Mustaffa ( pelakon filem Bukak Api, Talentime, Puaka Tebing Biru & Karaoke) yang akan memegang watak sebagai Zaiton Sameon. Ketika ditemui media semasa pelancaran filem ini di Shah Alam baru-baru ini, Mislina menyifatkan bahawa kisah hidup penyanyi Zaiton Sameon sangatlah rumit dan pastinya filem ini akan membuatkan kita mengingati zaman kegemilangan penyanyi pujaan ramai itu. Zaiton: Ceritaku arahan Fauziah Nawi merupakan sebuah kisah benar yang dijadualkan tayangannya pada penghujung 2010 atau awal 2011.

Mislina Mustaffa sebagai Zaiton Sameon

wajah Zaiton Sameon
p/s: Wow!! Wajah Kak Ina ( Mislina ) macam Zaiton Sameon. Bagi saya pemilihan yang tepat la apatah lagi bakat lakonan Mislina memang tidak dapat di akui kehebatannya!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

wow...mislina look hot :) really mcm zaiton sameon
Tanpa Nama berkata…
filem yg ditunggu-tunggu...hope jalan cerita diolah dgn baik dan mendapat sambutan penonton


Adi