Best Sangat ke Magika?!


Jika anda ke pawagam untuk menonton sesebuah filem, tentunya anda mahukan kepuasan dan keseronokkannya. Andaikata sesebuah filem itu sekadar cerita ringan yang merehatkan minda, maka Magika tentunya pilihan tepat bagi kaki wayang seperti anda. Tetapi, bagi anda yang tercari-cari sesebuah filem yang mengutamakan falsafah filemnya, storytelling yang mampu mencengkam minda dan mempunyai struktur plot yang kuat serta menyentuh perasaan, Magika bukan pilihan sesuai bagi penonton tegar seperti anda. Magika dibikin secara komersil, dibarisi ramai artis terkenal dan dibuat secara santai, tentunya ia berjaya di hati sesetengah penonton, tetapi tidak bagi anda yang datang dari keluarga yang betul-betul memahami naskhah sesebuah filem dan jalan penyampaiannya.

Namun, ini tidak bermakna Magika gagal sebagai sebuah filem. Jika ia gagal kenapa ramai penonton suka menonton gelagat beberapa pelakon dalam Magika?. Jika ia benar-benar gagal, tentunya panggung kosong dan berhabuk. Tetapi tidak!. Ini menunjukkan Magika berjaya dari sudut promosi dan pemasarannya. Jika dilihat dari aspek jalan ceritanya, Magika lemah dari sudut olahan storytelling di mana setiap watak yang diterjemahkan ke layar lebar, tidak dikupas secara drastik, misalnya watak Ning Baizura, Vanidah Imran dan sebagainya. Ini seolah-olah menunjukkan Magika hanya sebagai sebuah kisah penyedap rasa di kala kita kekusutan akibat banyak kerja!.

Jika anda mahu menonton Magika sebagai filem untuk hiburan, maka Magika sesuai buat anda sekeluarga. Tetapi ingat! Jika anda datang ke dunia Magika untuk mencari falsafah dan storytellingnya, baik lupakan aja kerana Magika dihasilkan oleh penggiat muzik di bawah label KRU bukan datangnya dari pengarah filem terbaik!!!.

p/s: Saya enjoy menonton Magika!!! Terpulang pada anda sama ada suka atau tidak!!

Catat Ulasan

0 Ulasan