Esma Danial dan Erra Fazira dalam Muzikal Tun Mahathir...

Istana Budaya bersama CTRA Production telah mencipta satu sejarah dalam dunia persembahan pentas, di mana Muzikal Tun Mahathir berjaya dipentaskan dengan cukup cemerlang. Di barisi Erra Fazira, Esma Daniel dan Zizan Nin, Muzikal Tun Mahathir boleh dianggap sebuah pementasan yang mengkagumkan dan membanggakan.

Berdurasi 3 jam yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Muzikal Tun Mahathir memaparkan suka duka kehidupan silam, Tun Mahathir dari pelbagai sisi. Ia merangkumi zaman kanak-kanaknya, remaja, alam politik sehinggakan pertemuan antara Tun Mahathir dan Dr. Siti Hasmah digambarkan dengan cukup romantik.

Bintang filem, Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah, Esma Danial yang memegang watak Tun Mahathir ketika dewasa, Zizan Nin ketika remaja dan Shafieq Shazwan ketika Tun Mahathir zaman kanak-kanak, boleh dianggap satu persembahan yang mungkin tidak akan dilupakan segenap rakyat Malaysia.

Bagi anda yang belum menyaksikan Muzikal Tun Mahathir ini, segeralah ke Istana Budaya sekarang kerana pementasannya akan berakhir 4 Oktober 2010!!!.

p/s: Memang best teater ni. Dah la raut wajah Erra Fazira sebijik mcm Tun Dr. Siti Hasmah, manakala lenggok Esma Danial yang memegang watak sebagai Tun Mahathir ketika Dewasa, memang kena dan tepat pemilihannya.. Ayuh!!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan