3 Suara ... Gandingan Mantap Ning, Jac dan Shila...



3 Suara gandingan mantap Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila yang diedarkan Sony Music bermula 7 Januari 2011 itu merupakan antara album pop terbaik setakat ini. Mengambil pendekatan ke arah muzik 80-an dan 90-an, 3 suara menyajikan 10 lagu terbaik antaranya 'It's A Beautiful Life, Menari Dalam Hujan, Semua Isi Hatimu, Di Mana Di Mana, Beribu Sesalan, Hanya Satu, Mengenangmu ( tribute to Yasmin Ahmad), Tomorrow's Calling, Teman dan Beribu Sesalan ( Akustik Version)'. Ketika ditemui media semasa majlis pra-dengar 3 suara, Andrian Lim, Pengarah Urusan Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd menjelaskan bahawa 'Semua lagu dalam album ini telah diinspirasikan daripada penyanyi-penyanyi popular tanah air era 80-an seperi Noorkumalasari, Francessca Peter, Zaiton Sameon dan ramai lagi'. Lagu Beribu Sesalan dan Mengenangmu antara lagu yang cukup menyentuh perasaan. Mengenangmu, ciptaan Kevin Chin dan lirik oleh Tinta itu merupakan lagu khas buat pengarah filem tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad. Kevin Chin ketika ditemui pada majlis pra dengar 3 suara tersebut menjelaskan bahawa lagu tersebut adalah cukup istimewa di mana ia dihasilkan khusus buat Yasmin Ahmad.

Dari kiri: Kevin Chin, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Adrian Lim

PREVIEW ALBUM

Kepada anda yang tercari-cari sebuah album yang cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi peribadi, 3 suara menepati kehendak dan keinginan yang dipersembahkan. Dijual dengan harga RM 31.90, 3 suara merupakan antara jutaan album yang cukup bermakna buat industri muzik tanah air.

'P/S: Ku sesali.. malam ini.. Yang tidak berbintang.. sunyi sepi... Juga rembulan.. dan menghilang.. Dalam kelam ku sendiri... Ku mencari... hembus bayu.. Yang selalu berbisik madah rindu.. Kini membisu, dalam sayu, tidak ku temu suaramu...' sedih gile pembukaan lagu nie dr album 3 SUARA.. Beribu sesalan tajuk dia.. sedihnye..

Catat Ulasan

0 Ulasan