Azwan Annuar jadi Toyol dalam filem terbitan MIG?


Tengok gaya dah macam Dr Rozmey, tapi bukan. Jika anda penonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid di pawagam baru-baru ini, mungkin anda kenal dengan jejaka comel ini kan?. Dialah Azwan Annuar, penulis kreatif di laman www.meow.my yang dimilikinya bersama Ajami Hashim. Penampilan sulung Azwan menerusi Hantu Kak Limah yang berjaya mengutip kutipan RM 7.5 juta ringgit itu bakal ada kesinambungannya tidak lama lagi. Tetapi, dalam memperkatakan lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah itu, pelakon comel ini khabarnya disambar produser terkenal untuk membintangi filem seram komedi terbaru terbitan MIG Film yang diberi tajuk, Alamak Toyol. Azwan diberi peranan utama untuk memegang watak sebagai Toyol yang dijangka tayangannya pada penghujung tahun 2011. Selain itu, Azwan juga akan membintangi beberapa buah drama tempatan di samping beberapa buah iklan ternama di kaca televisyen. Justeru, kami di amy ikram diary mengharapkan kerjaya Azwan sebagai pelakon akan menjadi kerjaya yang cukup membanggakan.

kuman

p/s: Mampukah Azwan menandingi kehebatan pelakon Kuman?. Atau dia akan menggantikan Kuman dalam arena seni suatu hari nanti?. Tepuk dada tanya selera..


azwan dan david teo

Catat Ulasan

0 Ulasan