MERENTASI SEMPADAN PROGRAM PEMBANGUNAN DOKUMENTARI EROPAH ASIA-PASIFIK


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan usahasama Documentary Campus (Germany), EDN – European Documentary Network, Blue In Green Productions (Malaysia) dan program MEDIA Mundus Kesatuan Eropah kini mengalu-alukan penyertaan bagi projek CROSSING BORDERS/MERENTASI SEMPADAN – PROGRAM PEMBANGUNAN DOKUMENTARI EROPAH ASIA-PASIFIK.

Ia merupakan program latihan tiga-peringkat di mana ilmu pembikinan dokumentari dari pakar-pakar serta rangkaian industri dokumentari saling berhubung antara satu sama lain. Peringkat pertama akan berlansung selama seminggu dalam bentuk bengkel pembangunan projek pada Julai 2011 di Malaysia. Peringkat kedua merangkumi bengkel lanjutan pembangunan bagi projek-projek yang terlibat dan peluang menyertai sesi pembentangan atau “pitching” bagi “the Documentary Campus Masterschool” di Leipzig, Jerman pada bulan Oktober 2011. Akhir sekali, semua peserta akan membentangkan projek dokumentari mereka pada panel penyiar atau “commissioning editors”, di Malaysia, pada Disember 2011.

Kami inginkan 15 projek dokumentari daripada para penerbit dan pengarah dari negara-negara Eropah dan Asia-Pasifik (Australia, Cina, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia dan Singapura) yang berpengalaman di dalam lapangan dokumentari tempatan dan bersungguh-sungguh ingin berjaya serta ingin menerbitkan dokumentari bagi tontonan masyarakat antarabangsa. Peserta mestilah fasih berbahasa Inggeris secara lisan dan bertulis. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
5 TEMPAT DISEDIAKAN BAGI PEMBIKIN DOKUMENTARI MALAYSIA.

Sila hantarkan keperluan berikut melalui e-mel kepada submit@edn.dk:
- kertas kerja projek dokumentari (2 mukasurat)
- bajet penerbitan serta strategi pembiayaan (1 mukasurat)
- CV pengarah, CV penerbit dan profil syarikat penerbitan jika ada
- trailer serta/atau contoh hasil kerja sebelum ini

Sila ajukan sebarang persoalan kepada Cecilie Bolvinkel E-mail: cecilie@edn.dk
atau Mohd Naguib Razak E-mail: naguib@bluegreenpro.com

Untuk keterangan lanjut bagi penyertaan, sila rujuk: www.documentary-campus.com dan www.edn.dk

Tarikh Tutup Penyertaan
4 April 2011

Catat Ulasan

0 Ulasan