'manja-manja sweet.. Ana Rafali dalam Kenangan Mengusik Jiwa'


Baru-baru ini, saya berpeluang menonton 'Kenangan Mengusik Jiwa' yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Dari pengamatan saya selaku penonton, teater muzikal arahan Lokhman Ghani ini boleh dikatakan satu persembahan yang cukup ekslusif dan gah dari kaca mata peminat dan penonton seni muzikal tempatan. Membariskan penyanyi era 60-an yang cukup terkenal, Datuk Ahmad Jais, L.Ramlee, A.Rahman Onn, Fatimah M.Amin, A.Halim, J.Sham dan A.Rozaimie berjaya meletakkan 'Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa', antara muzikal yang cukup digemari lantas mengimbau memori dan kenangan indah bagi mereka yang pernah hidup di zaman 60-an.


Penampilan penyanyi Lagenda, Latiff Ibrahim bagi mengantikan Shohaimi Mior Hassan merupakan langkah bijak penerbit bagi menarik peminat untuk terus duduk menghayati alunan gemersik penyanyi ini yang cukup berprestij. Kemunculan penyanyi remaja Dafi dan Ana Rafali nyata menimbulkan keserasian bahkan keseluruhan persembahan, Ana Rafali memberikan komitmen yang cukup hebat apatah lagi bakat lakonannya wajar dipuji ; kemungkinan satu hari nanti Ana Rafali akan bergelar sebagai pelakon jika di beri peluang. 'Sweet-sweet manja, penampilannya nyata memukau hadirin yang datang', bisik hati saya.



Arja Lee, bintang kontroversi filem sensasi, ... Dalam Botol memberikan persembahan memukau apabila buat pertama kalinya beliau beraksi sambil menyanyi dan menari. Bukan setakat itu sahaja, tetapi kemunculannya mengalunkan beberapa lagu membuktikan vokalnya lebih hebat dari penyanyi dan pelakon, Dafi. Itulah kelebihan anak didik penerbit kontroversi, Raja Azmi yang tersenyum selepas menonton Kenangan Mengusik Jiwa baru-baru ini.


Penampilan khas, Siti Nursaida Taruddin, nyata memberikan tepukan gemuruh disisi Latiff Ibrahim, apabila kedua-dua mereka berjaya menghidupkan suasana dengan watak masing-masing untuk zaman kini bagi mewakili watak Ana Rafali dan Dafi. Kesimpulannya, Kenangan Mengusik Jiwa yang dipentaskan bermula 27 Mei hingga 5 Jun 2011 di Istana Budaya antara muzikal yang wajib ditonton oleh semua peminat muzik di Malaysia.

Jangan lupa.. bawaklah mereka yang tersayang menonton bersama-sama. Ayuh...
Tiket berhara RM 60 hingga RM 360 boleh dimiliki di kaunter Box Office, Istana Budaya sekarang!!

Catat Ulasan

0 Ulasan