Noorkumalasari meriahkan Adik Manja..



"Adik Manja", arahan Hafsham yang ditayangkan baru-baru ini di pawagam Colesium sempena Program Merakyatkan Filem merupakan filem lakonan Noorkumalasari, Dharma Harun dan Adibah Amin. Program yang dianjurkan setiap bulan itu merupakan aktiviti tahunan FINAS bagi mendekatkan masyarakat dengan dunia perfileman tempatan.

Adik Manja yang ditayangkan dalam format DVD di pawagam Colesium baru-baru ini merupakan lakonan penuh ekslusif seniwati terkenal "Noorkumalasari". Ketika ditanya tentang industri film sekarang , Noorkumalasari atau Kak Noor menyifatkan bahawa beliau tidak mungkin akan kembali dalam dunia lakonan walaupun ditawarkan melakonkan karektor yang bersesuaian dengan imejnya kini. Ini kerana dunia glamour bukan pilihannya sekarang sebaliknya amalan dan ilmu akhirat itu lebih penting sifatnya.

Justeru, tambahnya lagi kedatangannya ke program ini adalah sekadar bertemu kawan lama khususnya peminat-peminat Adik Manja.








Catat Ulasan

0 Ulasan