'Sebuah Telemovie Komedi Versi Filem...Toyol Nakal.. Filemkah atau Drama TV?


Intro

Sebaik sahaja melangkah masuk ke pawagam TGV Wangsa Walk kira-kira pukul 11.20 pagi tadi, aku memerhatikan keadaan sekeliling, cukup sunyi ; cuma kelihatan 7 orang penonton sahaja termasuk 2 kanak-kanak kecil yang datang bersama keluarga masing-masing. Inilah filem terburuk dari sejarah filem tempatan di mana penerimaan penonton tempatan agak kurang. Apakah mereka takut dan seram untuk menonton 'Toyol Nakal' di pawagam?. Mungkinkah mereka menantikan DVD filem ini atau menunggu tayangannya di saluran Astro First?. Atau pelakon tercomel bernama 'Azwan Annuar' tidak disunting dalam filem ini, membuatkan rata-rata penonton memboikot hasil karya pengarah tersohor bernama Z. Lokman!.


Cer Cite Best ke Tak?!

Mempunyai 19 karya filem, Z. Lokman kini tampil dengan karya terbaru bertajuk 'Toyol Nakal'. Ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Jun 2011, Toyol Nakal antara filem yang kurang menjadi di dalam sinema tempatan. Mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Nizam, anak Tuan Hj. Ali yang agak nakal sifatnya. Nizam berkawan baik dengan Aliff seorang lelaki yang teguh pendiriannya, tetapi meminati gadis buta, Haliza lakonan Julia Ziegler. Kehidupan Nizam agak kalut di mana beliau seringkali menimbulkan masalah pada keluarganya sehingga di gelar Toyol Nakal.

Plot dan subjek dalam Toyol Nakal agak berserabut sifatnya ; di mana ia bukan berkisar tentang toyol yang selalunya menjadi subjek kepada mana-mana filem seram sekalipun, tetapi kesudahannya bercelaru seperti anda menonton sebuah telemovie komedi di kaca tv. Jujur saya katakan bahawa 'Toyol Nakal' bukan sebuah filem yang layak ditayangkan di pawagam, tetapi ia amat sesuai bagi menghiasi slot komedi khususnya buat saluran Astro Warna.

Menonton 'Toyol Nakal' seolah-olah memaksa saya untuk menerokai dengan lebih terperinci apakah kaitan Toyol dengan Nizam yang menganggu pasangan suami isteri?. Adakah Nizam dan Toyol itu adalah orang yang sama atau jelmaan syaitan?. Semuanya tidak dikupas tetapi perjalanan naskhah filem ini agak bersahaja, santai dan membosankan. Penampilan Julia Ziegler dalam filem ini sekadar penambah perisa kepada perjalanan naskhah Toyol Nakal yang sudah hanyut ke laut.

Tambah memalukan apabila filem ini tidak dibikin dengan teliti dari sudut penataan bunyi ; di mana setiap dialog yang dituturkan para pelakon dalam filem ini tidak diseragamkan dengan baik ( lipsing) - berterabur. Hello!! ini bukan zaman dahulu kala..lah.. Siapa yang buat Sound ni?. Apalah punya cite nie.. jangan salahkan pengarahnya.. salahkan jugak penulis skripnya!. Siapa penulis skripnya.. - pi la tanya sendiri atau google ye. hehhe tapi yang penting.. Bukan Hassan Muthalib tau!. ops$%#

Jika orang kata filem '2 Alam' lagi teruk.. saya menggeleng-gelengkan kepala kerana saya tak percaya sebab ada lagi yang paling teruk adalah 'Toyol Nakal'.. Jika anda mahu mengetahui apakah kehebatan dan kekurangan Toyol Nakal, segeralah ke pawagam berhampiran.. sudah tentu anda akan tersenyum dan mula berfikir.. 'adakah ini sebuah filem atau telemovie komedi?'. Tepuk dada tanya selera..

Trailer
p/s: Maaf.. jangan marah ye.. sebab ulasan saya ini terlalu jujur.. Ringkas dan bukan akademik yang memeningkan!.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Ash berkata…
Suka la cara review anda.. I follow.... :)