Ketika isu 'larangan membaca Al-Qur'an guna pembesar suara' yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu baru-baru ini, nyata menimbulkan kontroversi dikalangan umat islam di Malaysia. Larangan keras yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) itu sedikit sebanyak menimbulkan polimek dan menjadi isu perbahasan di sana-sini. Dari surat yang dikeluarkan, Jawatankuasa itu memutuskan semua surau dan masjid di Pulau Pinang tidak dibenarkan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Qur'an menggunakan pembesar suara atas alasan 'menganggu ketenteraman masyarakat sekitar yang sedang tidur di waktu Subuh'. Kenyataan itu dibalas oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr. Abd Shukor Husin. Menurutnya, setiap fatwa atau larangan yang dikeluarkan berkaitan isu tersebut perlu dikaji sedalam-dalamnya, memandangkan ia topik yang amat sensitif dan ditakuti akan meruntuhkan penyatuan umat islam di Malaysia.
Hamir Mahamud, Pengerusi Kariah Masjid Padang Menora menunjukkan surat yang dikeluarkan JHEAIPP tentang larangan membaca Al-Qur'an guna pembesar suara
Tambahnya lagi, setiap apa jua keputusan yang ingin dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri, perlulah berasaskan logik mengikut budi bicara dan disesuaikan mengikut tempat, persekitaran dan suasana masyarakat. Ini bermakna, setiap fatwa yang dikeluarkan perlu dirujuk bersama mufti di negeri lain, kerana dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan di negeri-negeri lain..
Read more for any details of issue..
Komen Amy Ikram:-
'setiap keputusan perlulah berlandaskan hukum islam dan dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat. Jika ia diputuskan tanpa perbincangan dengan Mufti atau masyarakat islam di sekeliling, ini bermakna keputusan yang di ambil itu akan menyinggung sensitiviti masyarakat islam. Ini bermakna, sekiranya larangan membaca Al Qur'an menggunakan pembesar suara itu menjadi sah, maka ia seolah-olah memperkecilkan ayat suci Al Qur'an dan bagi saya tujuan masjid atau surau memperdengarkan bacaan ayat suci Al Qur'an itu di waktu subuh ( guna pembesar suara) adalah untuk mengejutkan masyarakat islam di waktu subuh atau waktu sahur ( di bulan ramadan), selain azan subuh untuk mengajak masyarat islam di kawasan itu menunaikan solat subuh. Jadi, isu ini perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kerana amat dibimbangi akan meruntuhkan institusi agama islam itu sendiri. Jangan kerana larangan ini dikuatkuasakan, dikhuatiri juga satu hari nanti azan Subuh tidak dibenarkan diperdengarkan di Pulau Pinang yang rata majoritinya bukan beragama islam. Mahukah kita melihat Pulau Pinang menjadi negeri bukan islam?. Wallahuallam'.
Tepuk dada tanya selera..
9 Ulasan
Watak Kartun Di zombi Kg.Pisang Kan!!!
http://drmaza.com/home/?p=1546#more-1546
Kalau seorang Muslim itu dah berniat untuk menunaikan solat, hatta tak ada masjid berdekatan pun, solat itu akan dikerjakannya jua.
The " Tun Abdul Aziz Mosque "
( a.k.a. " Masjid Bulat " )
in Petaling Jaya (PJ) district,
should SERIOUSLY consider,
to stop playing
Qur'anic recitation MP3's,
on the loud-speaker system
(for approximately
a quarter of an hour;
by 4 times a day),
prior to the ' Call to Prayer '
( ' Adhaan ' ) ·
Just do a Quick Search,
on the Internet,
about the Mosque,
& the following search items
WILL appear :
" Masjid Bulat PJ bising "
" Tun Abdul Aziz Mosque is noisy "
" Masjid Tun Abdul Aziz PJ bising "
" Masjid Tun Abdul Aziz bising "
" Masjid Bulat bising "
- - -
[Q # 1] What special ' authority '
do They ( ' the management ' )
think They have,
that They can FORCE
every man, woman & child
(regard-less of Creed)
in the surrounding vicinity,
to listen to Qur'anic recitations,
coming from Their own mouths ?
[Q # 2] Shouldn't Qur'anic recitation
be an ' act of worship '
by an individual Muslim;
& NOT a source of public ' nuisance '
to the surrounding communities ?
- - -
Numerous Qur'anic verses &
Prophetic narrations can be found,
reminding the Muslims,
AGAINST un-justly treatments
to his / her neighbors.
Please, stop depriving Us,
of Our in-disputable RIGHTS,
to enjoy some
peace & tranquility,
in the comfort & luxury
of Our OWN homes.
Just a " soft reminder " to You.
Sincerely,
– Thy Dis-concerted Neighbor ·
.
.
.