DANA INDUSTRI KREATIF BSN.. BANYAK SKRIP YANG TAK MENARIK!

 Assalamualaikum..

Tahukah anda bahawa 'Dana Industri Kreatif' yang diperuntukkan kerajaan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi, &  Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan dana atau pinjaman yang dikeluarkan kerajaan khususnya untuk membantu karyawan dan produser filem tempatan bagi menghasilkan filem untuk ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Dana itu merupakan pinjaman yang diberi kepada penerbit, dan mereka mestilah membayar balik pinjaman tersebut mengikut tempoh yang dipersetujui bersama setelah sesebuah filem berputar dipawagam seterusnya mendapat pulangan daripada jualan balik sesebuah filem yakni keuntungan. Ini merupakan bantuan insentif kerajaan melalui Finas kepada penerbit filem bagi merealisasikan impian mereka untuk menerbitkan dan mengarahkan sesebuah filem idaman mereka. 

Untuk mendapatkan dana tersebut, kebanyakkan produser filem akan menghantar proposal ke FINAS yang mengandungi sinopsis, peruntukkan bajet, senarai krew & cadangan pelakon, treatment dan skrip penuh untuk penilaian kepada pihak panel. Persoalannya, apakah pihak FINAS akan meluluskan semua proposal yang dihantar penerbit tanpa memikirkan kualiti jalan cerita sesebuah karya yang ingin diterbitkan?. Rata-rata dari mereka (penerbit) ingin menghasilkan filem kerana 'ingin cepat kaya, banyak dapat duit, boleh beli kereta, rumah dan segala-galanya', dengan mengenepikan kualiti daripada kuantiti. 

Apa yang dikesalkan saya ialah apabila membaca skrip yang tiada plot dan sub-plot yang kuat. Kebanyakkan skrip yang saya terima untuk diulas, rata-ratanya amat biasa dan tiada kekuatan jalan ceritanya ; yakni boleh diterima dan dianggap sebagai sebuah karya terbaik melalui naskhah skripnya. Antara skrip yang saya boleh katakan amat baik plot dan susunan sub-plotnya adalah skrip tulisan pelakon Avaa Vanja melalui naskhah 'Prebet Sapu'. Walaupun tajuknya macam filem biasa, tetapi skripnya amat hebat, dan saya bayangkan 'alangkah hebatnya skrip ini jika ia diolah dan divisualkan ditangan pengarah profilik Mamat Khalid!. Tetapi dalam proposal skrip ini, filem ini akan diarahkan oleh Khir Mohd Noor. Saya amat berharap abg khir kreatif dalam membuat olahan atas karya Avaa Vanja ini. Saya takut kalau ia gagal menjadi sebuah filem dan akan dianggap sebagai sebuah tele -lawak untuk siaran astro nanti. Harap tidak la ye..

Untuk maklumat anda, 'Prebet Sapu' yang diterbitkan YB Pictures ini kini menjalani sesi ujibakat di FINAS, yang kemungkinan akan berakhir esok ( 29hb Disember 2011). Berbalik kepada soal skrip, saya kurang tertarik dengan dua skrip yang bakal diarahkan Imran Ismail (Pengarah Abuya) - iaitu skrip TAIKO dan filem epik 1945. Saya harap ia perlu diolah lagi dan pihak FINAS melalui bahagian dana perlu 'take action' soal ini. Jangan kerana mahu membikin filem, kita abaikan soal kreativiti, kualiti dan bahasa filem. Jikalau tidak 'industri filem kita akan rosak' dengan karya yang dihasilkan untuk 'suka-suka' sahaja bukannya untuk menjadi 'antara yang kualiti' dan 'hebat'. 

Justeru, saya amat berharap pada anda pembaca atau penerbit filem mahupun karyawan fiem tempatan yang telah memohon dana industri kreatif BSN, 'tolongah hantar skrip yang bukan caca-merba', atau 'suka-suka hati', sebab kami memerlukan skrip yang baik, kreatif dan penuh makna, walaupun skripnya adalah skrip filem-filem komersial. Wallahuallam.

Tepuk dada Tanya selera..

Catat Ulasan

0 Ulasan