Kritikan Sosial James Lee dalam Petaling Street Warriors


Mungkin dikalangan penonton tempatan kurang mengetahui kehadiran filem ini. Tetapi, bagi mereka yang sememangnya meminati sesebuah filem, akan mengikuti apa jua perkembangan sinema di Malaysia, samada ia lahir dari pembikin filem komersial atau karyawan filem bebas. 'Petaling Street Warriors' arahan James Lee, merupakan filem tempatan berbahasa Cina sepenuhnya, yang mengambil latar 'Petaling Street' sebagai intipati cerita. Kisah manusia dan dunia kungfu adalah acuan dari filem-filem Hong Kong, diserapkan masuk dalam Petaling Street Warriors sebagai filem Malaysia berbahasa Cina. James Lee bijak bermain dengan pelbagai isu apabila membikin sesebuah filem. Untuk Petaling Street, isu yang diputarkan James Lee dalam satu babak di mana kemunculan watak Namewee dan barisan polis dikaitkan dengan pernyataan 'lain kali jangan bangkang kerajaan.. tengok apa dah jadi'. Ini mengkritik secara langsung Namewee yang kerap menghentam kerajaan kerana ketidakpuasan hatinya dalam beberapa perkara. Ia dibikin secara positif, bukan bertujuan untuk menimbulkan kontroversi, tetapi sekadar sindiran sinis buat Namewee, begitu juga pada sistem pemerintahan di Malaysia.


'Petaling Street Warriors', menampilkan Mark Lee, Namewee, Yeo Yann Yann, Chris Tong, Ho Yuhang dan ramai lagi merupakan filem Malaysia arahan James Lee bergenre kungfu komedi, wajib ditonton seisi keluarga. Namun, penggunaan nama 'Petaling Street', bagi filem ini, tidak bermakna ia harus menggunakan latar Petaling Street di Kuala Lumpur sebagai plot cerita, tetapi perkembangan isi sesebuah filem adalah tunjang kepada perjalanan cerita dalam sesebuah karya. Maka, Petaling Street dihasilkan dalam bentuk komedi, mungkin bertujuan untuk membawa isu semasa dalam sesebuah filem melalui mesej yang ingin diterapkan iaitu 'kerajaan, cetak rompak dan perpaduan serta persefahaman' bagi mewujudkan ikatan kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat.

Ia wajib ditonton kerana filem ini tidak rugi dan berbaloi buat anda yang mahu hilang stress serta tidak perlu berfikir banyak untuk memahaminya.. layan beb!

Keseluruhan filem : ****

p/s: Ulasan ringkas aje.. take note..

Catat Ulasan

0 Ulasan