'VIDEO KLIP ATAU FILEM? - AKU ADA KAU ADA.

Peminat genre muzikal ala-ala klip video pasti akan menyukai filem ini. Dibarisi Yana Shamsuddin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Fendi Seman dan ramai lagi, 'Aku Ada Kau Ada', merupakan sebuah filem muzikal romantik komedi arahan Rahila Ali. Diterbitkan Pencil Pictures yang diedarkan oleh MiG Films, 'Aku Ada Kau Ada', menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 24 Mei 2012. - kini dipawagam.

Cerita

Mengambil pendekatan ala muzikal K-Pop dan antarabangsa, 'Aku Ada Kau Ada', merupakan sebuah kisah tentang cinta dan persahabatan antara Tina (Yana Shamsuddin), Nordin Ahmad ( Shaheizy Sam) dan Aziz Sattar (Kamal Adli). Pergolakan dan dendam antara Tina- Nordin semasa kecil mengundang tragedi berpanjangan, yang akhirnya mewujudkan satu ikatan dinamakan 'cinta'. Jika dilihat dari sudut penceritaannya, tiada apa yang menarik untuk diperkatakan menerusi 'Aku Ada Kau Ada'. Cuma, filem ini diiringi muzik ala-ala klip video pada sesetengah babak sehingga ia boleh dilabelkan sebagai 'Filem Klip Video'. Bukan mempersoalkan kredibiliti Rahila Ali selaku sutradaranya, namun filem ini wajar bercerita kepada khalayak secara mendalam, 'kenapa, apa dan mengapa' watak-watak yang dimainkan sinonim dengan Korea sebagai destinasi utama dalam aspek penceritaan.

Latar tempat dan Lakonan

Pemilihan Korea sebagai latar cerita dalam filem ini menampakkan 'Aku Ada Kau Ada' berbeza dengan filem-filem tempatan yang lain. Sekiranya jalan cerita filem ini ada kaitan dengan watak dan perwatakkannya, misalnya, 'Tina gadis Korea yang sombong, pernah dizalimi keluarga Nordin Ahmad - sebab itu Tina benci akan Nordin. Apabila Tina terpandang Nordin, perasaan bencinya meluap-luap sehingga dia tahu bahawa Nordin adalah pelajar Malaysia yang belajar di Korea', - Ini anggapan saya sahaja dan tiada kaitan dengan plot filem ini. Jika 'Aku Ada Kau Ada', hanya menggunakan Korea semata-mata 'ingin mencantikkan filem dan latar ceritanya, tanpa ada plot kuat yang membantu isi perjalanannya', ia suatu pembaziran, kerana filem ini tidak terganggu sedikitpun dengan elemen Korea dalam pembikinannya. Walhal di Malaysia, banyak lokasi menarik boleh digantikan dengan Korea. Maafkan saya.

Aspek lakonan dalam filem ini berjaya mempengaruhi mood penonton untuk terus duduk menghayati keseluruhan naskhahnya. Cuma ada part yang agak tipikal dan klise dalam pembikinannya. Namun, apa yang menarik dalam 'Aku Ada Kau Ada' adalah lagu-lagu yang menghiasi pada setiap babak dan scene. Kelunakan suara Yana menyampaikan lagu bertajuk 'Halus Berbisa' membuktikan bukan sekadar berlakon, menyanyi juga menjadi tarikan baru buat pelakon cantik, Yana Shamsuddin. Antara lagu lain yang turut dinyanyikan Yana bersama Kamal Adli, Shaheizy Sam dan beberapa pelakon lain ialah 'Begini Caranya, Baby Crazy, dan Mari Menari'.

Keseluruhan Filem

"Aku Ada Kau Ada', memang sebuah filem yang memiliki shot dan sinematografi yang agak cantik. Dalam banyak-banyak scene, aku lebih suka akan part video klip yang menampilkan Yana dan Shaheizy Sam. Pembikinannya seolah-olah anda menonton sebuah filem Korea ( ye lah dah shoot kat sana, mesti la ada elemen tue). Cuma, apa yang dapat aku simpulkan pada filem ini ialah ' Aku Ada Kau Ada, sebuah filem muzikal klip video' yang sweet, comel dan seksi.. Tak percaya? Pergi lah tengok sendiri ye.


Halus Berbisa by Yana
(my favourite song)

amy's said: Kalau anda peminat filem muzikal.. anda pasti suka filem ini. Kalau tak suka.. tak ape.. tak paksapun.. sabor je lah..

Catat Ulasan

0 Ulasan