'SEKSI DAN GANAS' - THE RAID REDEMPTION


Baru-baru ini, kami berkesempatan menonton 'The Raid Redemption', sebuah filem aksi arahan Gareth Huw Evans. Dibarisi Iko Uwais, Yayan Ruhian, Joe Taslim, Doni Alamsyah, Ray Sahetapy dan ramai lagi ; the raid redemption, antara naskhah wajib tonton 2012. Memenangi 3 Anugerah Perdana di Armsterdam Fantastic Film Festival 2012 ( Silver Scream Award, Best Director ; Gareth Evans), Dublin International Film Festival 2012 (Best Audience Awards, Dublin Film Critic ) , Toronto International Film Festival 2012 ( People's Choice Awards - Midnight Madness) dan tercalon di Deauville Asian Film Festival 2012, bagi kategori Action Asia Award.

Cerita
Pembukaan filem ini cukup mudah. Ia menunjukkan kepada kita tentang 'kuasa, masa dan harapan', melalui paparan 'seutas jam tangan dan sepucuk pistol yang diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Paparan imej ini berubah kepada scene Rama (Iko Uwais) duduk di atas sejadah lalu menunaikan solat dan berpindah pula kepada scene exercise. Babak demi babak yang dipaparkan pada awal filem ini, cuba bercerita kepada khalayak penonton bahawa 'masa dan kehidupan' dalam struktur sahsiah hidup amat penting bagi seseorang manusia. Peranan 'solat' yang diimejkan juga menunjukkan bahawa 'tanpa solat, hidup pasti akan terumbang-ambing'. 'Pistol' yang diselitkan ditepi seluar Rama, sebelum Rama menghampiri isterinya (lalu dicium perut isterinya yang hamil) dan pistol dimasukkan peluru sebelum tajuk filem dipaparkan di layar skrin, membuktikan kepada kita tentang siapakah Rama dan imej dalam perwatakkannya.

'The Raid Redemption', cuba menyelongkar sisi gelap sebuah apartment yang terletak di pinggir bandar Indonesia. Ia tersimpan satu misteri yang cukup menggemparkan. Penyertaan team khas yang dinamakan SWAT ELIT seramai 20 orang diterajui Rama (Iko Uwais) dan rakan-rakannya berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan narkotik yang cukup terbesar di Indonesia. Apartment yang diselenggarakan menjadi tapak penyeludupan merupakan apartment usang yang dilengkapi CCTV 100%, bermakna segala apa yng berlaku di apartment tersebut diketahui Ray Sahetapy yang merupakan Ketua Penjahat. Pergolakan demi pengolakan tercetus dan menimbulkan perbalahan antara pasukan elit dengan team penjahat hingga terjadinya pembunuhan yang agak kronik. Filem yang diterbitkan Sony Pictures ini boleh dikatakan agak ganas dan kejam kerana ia memaparkan beberapa adegan yang agak 'kritikal' dan tidak sesuai ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pergolakan yang menjadikan mereka terperangkap antara hidup dan mati, akan terjawab dalam filem arahan Gareth Evans, yang dikatakan antara filem terbesar Indonesia ketika ini.


Pencahayaan dan Bahasa


Elemen 'low dark', antara elemen yang digunakan dalam 'The Raid Redemption'. Ini bagi mewakili apa yang cuba disampaikan dalam isi cerita, ditulis dan dilayarkan oleh Gareth Evans. Ia tentang 'kegelapan' watak dan perwatakkan dalam filem ini. Kekerasan, kekejaman, dan kejahatan tiada peri-kemanusiaan menjadi intipati yang difokuskan dalam 'The Raid Redemption'.

Jika dibandingkan dengan karya Malaysia ketika ini, barangkali sisi gelap itu boleh dilihat pada filem 'Jiwa Taiko' arahan Osman Ali yang bakal melabuhkan tirainya pada 14 Jun 2012. Namun, saya kurang pasti apakah 'The Raid Redemption' akan memasuki pawagam Malaysia setelah mencipta nama di persada dunia ( Finas suka tagline Ke Persada Dunia) ?. Jika ditayangkanpun, tentu akan dicincang teruk oleh LPF Malaysia kerana banyak adegan dalam filem ini agak melampau dan mengejutkan jantung dan mata anda. Tak percaya?. Tontonlah sendiri jika filem ini 'singgah' di sini atau anda boleh menontonnya di Indonesia atau.. download aje..

amy's said: saya pasti ramai anda menonton filem ni sebab scene pembukaan ada memaparkan susuk tubuh Iko Uwais yang sangat seksi. Kata kawan saya.. 'nak...'.. sabor jer lah.

Catat Ulasan

3 Ulasan

adarain berkata…
baru tgk semalam..
mmg puas tgk movie nie..
kalah filem melayu..
mmg terbaik filem nie..
5/5 aku kasi..
Amy Ikram berkata…
yup.. menonton filem ni mengingatkan aku pada karya Dain Iskandar, Bunohan yang mendapat perhatian masyarakat luar. kita mnegharapkan ada karya Malaysia yang boleh pergi macam ni..
Tanpa Nama berkata…
cant hardly wait the sequel 'BERANDAL'.. ilove iko uwais!!!