POLIS EVO MENANGI ANUGERAH DI APPIES 2016


Filem Polis Evo terbitan Astro Shaw telah berjaya mencipta fenomenanya tersendiri pada tahun 2015. Filem ini bukan sahaja berjaya meraih kutipan tertinggi box office Malaysia sebanyak RM17.47 juta, malah terbaru, Polis Evo telah diangkat sebagai pemenang anugerah Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016 (Appies Malaysia) pada 20 Mei lalu.

Persidangan dan Anugerah Appies Malaysia 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula 19 Mei 2016 sehingga 20 Mei 2016 telah dianjurkan oleh Institut Pengiklanan dan bertujuan untuk meraikan serta mempamerkan kempen pemasaran terbaik di Malaysia. Setelah tujuh tahun acara tahunan ini bertapak di Singapura, tahun ini julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dan bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Sebanyak 18 anugerah telah diberikan yang terdiri daripada 10 anugerah emas, enam anugerah perak dan dua lagi adalah anugerah pembentangan terbaik. Pada hari tersebut, wakil pemasaran filem Astro Shaw, Mohd Faizal Fauzi telah membuat pembentangan  mengenai kehebatan  filem Polis Evo.


Antara yang bertanggung jawab dalam penglibatan Polis Evo ke Appies ialah Ketua Pemasaran Bahagian Melayu Astro, Jastina Arshad, Norsalvina Alwee, Mohd Faizal Fauzi, Zahirah Abdul Rahim, Mohd Azwan Abdullah, Muhammad Naqib Othman, Noorhirwan bin Ibrahim, Ira Fazir Che Ishak dan Sharad Sean Kumar. 

Pemenang dinilai berdasarkan empat kriteria utama iaitu kejelasan objektif, strategi idea, pelaksanaan dan hasil kempen berkenaan. Trofi kemenangan itu disampaikan oleh Presiden Appies Malaysia, Harmandar Singh, diiringi Ketua Pegawai Pemasaran CIMB Group Holdings, Mohamed Adam Wee Abdullah.


© Amy Ikram Media.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ibu winda berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.