PROGRAM KREATIVITI @ KOMUNITI DI KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS, KELANTAN LAHIRKAN GRADUAN PERFILEMAN YANG BERDAYA SAING.

Program Kreativiti @ Komuniti di Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan yang diadakan bermula 25 Mei hingga 27 Mei 2016 ini merupakan program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Program yang diadakan selama 3 hari ini memberi fokus pada sektor kreatif dalam Industri Perfileman merangkumi 'penerbitan filem, lakonan, dan pengurusan' merupakan program di bawah 'Creative Content', yang memberi pendedahan pada para pelajar untuk terlibat secara langsung atau tidak dalam industri hiburan dan perfileman tempatan.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Faridah Jaafar , Pengarah Ekosistem Finas berkata, 'Industri Filem di Malaysia antara industri kandungan kreatif yang menyediakan peluang kerja yang banyak mengikut bidang masing-masing.


Sebagai pelajar, amat digalakkan untuk menimba sebanyak mana ilmu dengan merebut peluang yang ada tanpa mengenepikan kualiti yang dihasilkan'. Dalam pada itu, para peserta yang rata-ratanya pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas ini diberikan masa selama 2 jam untuk menghasilkan karya filem pendek bersesuaian dengan tema yang diberi untuk dibentangkan dalam sesi yang terakhir di sebelah petang.


Manakala Wan Noor Zazreena Wan Zaizodin, Pen. Pengarah Pitching Centre, Kuala Lumpur pula berpendapat, 'There is no right or wrong in art. This is the artistic thinking process', golongan belia khususnya pelajar harus mempunyai keyakinan yang tinggi dalam sesuatu bidang yang diceburi, malahan wajar bersikap positif atas apa yang dilakukan sekaligus memiliki kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk yang baik untuk perkembangan industri kreatif', tegas beliau menutup forum yang berlangsung pada hari pertama, 25 Mei 2016.

Antara tetamu dan panel yang hadir berkongsi pengalaman tentang industri kreatif pada program ini juga antaranya, Zan Azlee (Penerbit/ Pengarah Dokumentari) dan Alhafiz Burhanuddin (Karyawan Filem Pendek).

© Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia / Mohd Akram Ismail.
*telah diterbitkan di Facebook : Finas Malaysia

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ibu winda berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.