IMBAS KEMBALI FFM: PESTA FILEM MALAYSIA KETIGA (1982)

 


'Langit Petang, Bukit Kepong, Penentuan, Pemburu, Esok Untuk Siapa, dan Anak Sulong Tujuh Keturunan', merupakan antara filem terbaik yang tercalon di PFM3. Namun, filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin yang diterbitkan tahun 1981 terpilih sebagai Filem Terbaik di Pesta Filem Malaysia Ketiga (PFM3, 1982). Menerusinya juga, filem ini telah memenangi 5 anugerah di PFM3 antaranya, 'Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Jurukamera Terbaik, Pengarah Seni Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik'. 

PFM3 yang dianjurkan FINAS sepenuhnya pada tahun 1982 ini juga telah berjaya menobatkan Azean Irdawaty sekali lagi sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Langit Petang dan Ahmad Yatim sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Pemburu arahan Rahim Razali.

Imbas Kembali Pesta Filem Malaysia ke 3. PFM3 telah diadakan pada 28 November 1982 di Angkasapuri, Kuala Lumpur. 


IMBAS KEMBALI FESTIVAL FILEM MALAYSIA : PESTA FILEM MALAYSIA KE-3

Filem Terbaik
Bukit Kepong

Sutradara Terbaik
Jins Shamsudin (Bukit Kepong)

Aktor Terbaik
Ahmad Yatim (Pemburu)


Aktres Terbaik

Azean Irdawaty (Langit Petang)

Aktor Pembantu Terbaik
Mahmud Jun (Langit Petang)

Aktres Pembantu Terbaik
Norizan (Esok Untuk Siapa)

Lakon Layar Terbaik
Jins Shamsudin (Bukit Kepong)

Jurukamera Terbaik
S.Mohan (Bukit Kepong)

Penyunting Terbaik
Johari Ibrahim (Esok Untuk Siapa)

Penataan Seni Terbaik
Yusuf Ariffin (Bukit Kepong)

Penataan Bunyi Terbaik
Peter Lim / Zulkifli Salleh (Bukit Kepong)

Muzik Terbaik
Ahmad Nawab (Penentuan)

Lagu Tema Terbaik
Rahman Rahmat (Kabus Tengahari)

Lagu Terbaik
Kassim Masdor (Gugurnya Mawar Desa - Filem Setinggan)

Bintang Harapan (Aktor)
Yunus Mansor (Gelombang)

Bintang Harapan (Aktres)
Suhaina Yahya (Bukit Kepong)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Zul Zamrin Zamanhuri (Kami)

Filem Komedi Terbaik
Sikit Punya Gila

Usaha Rekaan Pakaian Tradisional Terbaik
Anak Sulong Tujuh Keturunan

Arahan Pertama Terbaik
Ed Osmera (Ribut Di Hujung Senja)

Adegan Seni Pertarungan Sinematik Terbaik
Ribut Di Hujung Senja

Adaptasi Peristiwa Sejarah Terbaik
Bukit Kepong

Usaha Terbaik Penerbitan Filem Purba
Anak Sulong Tujuh Keturunan

Mengenai Isu Semasa Yang Penting Mengenai Tanah
Shahrom Mohd Dom (Langit Petang)

Kritikan Filem Terbaik
Johan Jaafar

Anugerah Teristimewa Juri
Ho Ah Loke


strim filem-filem terbaik era 70-an hingga 2000 di sini.




Catat Ulasan

0 Ulasan