'FILEM MENTEGA TERBANG BERTENTANGAN AKIDAH ISLAM'

Ketika industri filem dan hiburan berdepan dengan pelbagai cerita panas dan sensasi, timbul pula isu kontroversi sebuah filem tempatan berjudul 'Mentega Terbang'. Sebelum tercetusnya polimek berkenaan filem ini, penulis terlebih dahulu telah menonton filem ini di platform streaming terkemuka, ViU. Apa yang penulis dapat katakan bahawa, 'ia sebuah naskhah yang berani, mungkin boleh menyesatkan fahaman masyarakat khususnya generasi kini mengenai agama islam'. Berdegup jantung penulis sehingga mengucap panjang agar tidak 'murtad', memandangkan karya arahan Khairi Anwar ini boleh disifatkan sebagai 'filem kecil tapi impaknya sangat besar'. 

Khairi yang sebelum ini pernah mengarahkan beberapa karya filem indipendent, iklan dan drama seperti, Ralat The Musical, The Night Owl's Life, Colourful, Megastar Academy, SMK Season 4, Taut, AEON Makna Raya, BMW Aftersale Service, MBMB Raya Serba Tak Kena, Goodnite Kau Aku Aku, Cinta, Mitsubishi Xpander : The Malaysian Story, Ajinomoto Rasa Sifu, dan banyak lagi ini telah mencetuskan polimek dan kontroversi menerusi filem cereka 'Mentega Terbang'.

Filem yang mengisahkan pencarian seorang remaja terhadap agama islam sehingga sanggup mempersoalkan antara hidup, mati, syurga dan neraka, disamping mempunyai seorang seorang ayah yang berfikiran liberal dan terbuka dalam soal kepercayaan agama menerusi pertembungan pelbagai fahaman yang boleh merosakkan akidah masyarakat islam. Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar berkata penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap Mentega Terbang mendapati filem berkenaan bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia.


Justeru, katanya, Jakim telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan undang-undang dapat diambil. "Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya. Ingin ditegaskan, bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup.

"Saya juga ingin menasihatkan kepada penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat kerajaan menuju Negara Madani akan tercapai," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mentega Terbang sebuah filem indie pertama ditayangkan di platform penstriman Viu atau aplikasi mobile secara percuma. Filem itu ditayangkan pada 19 Januari lalu.

Pada 28 Feb lalu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi terhadap produksi filem itu yang didakwa boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam.

Catat Ulasan

0 Ulasan