KONSERT SUARA RAYA: NING BAIZURA TERUJA BERKONGSI PENTAS

Bagi menyemarakkan sambutan perayaan tahun ini, Amazing Creative Group Sdn Bhd akan menganjurkan 'Konsert Suara Raya 2023'. Menampilkan Iman Troye, Ning Baizura dan Aina Abdul, konsert yang bakal berlangsung pada 14 Mei depan memilih Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran. 

Ketika bercakap kepada media, penyanyi terkenal Ning Baizura menyifatkan konsert yang bakal diadakan ini adalah sebuah persembahan amal yang menggabungkan tiga suara dalam satu pentas. Persembahan yang bertemakan Aidilfitri ini adalah sebuah persembahan khas sempena Hari Raya dimana beliau akan turut menyanyikan beberapa seleksi lagu raya khas buat peminat muzik yang datang menyaksikan konsert ini.


"Nak kata teruja tu memanglah, sebab dalam konsert ini saya akan berkongsi pentas dengan dua penyanyi lain iaitu, Iman Troye dan Aina Abdul. Kedua-dua mereka ini mempunyai vokal yang agak baik, memandangkan Aina Abdul adalah penyanyi yang saya minati. Tidak salah untuk seorang penyanyi seperti saya meminati penyanyi lain", ujar Ning Baizura optimis menantikan debaran Konsert Suara Raya yang bakal berlangsung 14 Mei 2023. 

Konsert yang bakal diadakan ini adalah sebuah persembahan amal di mana Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT) adalah rakan kongsi di mana ia juga mendapat sokongan daripada Wetix. Para peminat yang ingin datang menyaksikan konsert ini, bolehlah membuat pembelian tiket melalui laman web Ticket2U dan dijual dengan harga mengikut kategori. Antaranya ialah RM 199 (PS 2 - Tempat Duduk), RM 199 (PS 1 - Berdiri), RM 259 (Zon Raya - Berdiri), RM 499 (Golden Seat - Tempat Duduk Premium). Di samping itu, penganjur akan memberi peluang kepada peminat untuk mengadakan sesi Meet and Greet bersama artis. Harga tiket untuk zon ini ialah RM 399, termasuk 1 zon berdiri, 1 gambar berkumpulan bersama artis, poster rasmi dan hadiah raya.

Untuk makluman lanjut mengenai konsert ini, adalah bolehlah klik di sini

Amy Ikram by wajib tonton. 

Catat Ulasan

0 Ulasan