KEUNIKAN KARYA SENI TIM BURTON DIPAMERKAN DI PAVILLION BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR.

Bagi anda yang meminati filem-filem arahan Tim Burton, usah lepaskan peluang keemasan ini untuk datang menyaksikan pameran seni terbesar 'The World Of Tim Burton' di Muzium Pop-Up, Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Pameran julung kali yang diadakan ini menampilkan 500 koleksi asal pengarah filem tersohor dunia, Tim Burton. Pelbagai hasil karya beliau dari lukisan berwarna, foto, buku lakaran, imej bergerak dan arca seni visual dipamerkan di ruang pameran ini bagi membolehkan peminat filem dan seni Tim Burton dapat menyaksikan dengan lebih dekat pameran seni bertaraf dunia ini. Pameran yang kini berlangsung itu dijangka akan berakhir sehingga 30 Julai 2023, di mana ia menampilkan 10 bahagian iaitu 'Influences, Holidays, Carnivalesque, Figurative Works, Misunderstood Outcast, Film Characters, Polaroid, Around The World, Unrealized Projects, dan The Artist's Studio'. 

Dibawakan khas ke Malaysia oleh Toybox Projects Sdn Bhd, 'The World Of Tim Burton', ini merupakan pameran seni terakhir Tim Burton dalam sesi jelajah seninya di Malaysia. Menariknya, 500 karya seni yang dipamerkan di sini adalah karya asal Tim Burton yang diperolehi dari koleksi peribadi Tim sejak 1980 dan peminat seni juga berpeluang melihat secara dekat nota tangan Tim Burton kepada pelakon Johnny Depp mengenai idea dan falsafahnya dalam pembikinan filem. 

Edward Scissorhands, Charlie and The Chocolate Factory dan Corpse Bridge antara seleksi filem terbaik Tim Burton yang menampilkan Johnny Depp sebagai pelakon utama. Menghasilkan kira-kira 19 buah filem hebat bermula dengan Pee-Wee's Big Adventure, Bettlejuice, Batman, kemudian Edward Scissorhands, Batman Returns, Ed Wood, Mars Attacks!, Sleepy Hollow, Planet Of The Apes, Big Fish, Charlie and The Chocolate Factory, Corpse Bridge, Alice In The Wonderland dan banyak lagi, Tim Burton juga merupakan seorang pelukis, penulis, jurufoto, pengarah dan penerbit bagi beberapa buah karya hebat dalam industri perfileman dunia. 

Wednesday yang disiarkan di saluran Netflix merupakan antara drama tv bersiri terbaharu arahan Tim Burton bagi tahun 2022. Bagi peminat seni dan filem yang ingin mengetahui secara terperinci mengenai pameran The World Of Tim Burton, anda bolehlah klik di sini bagi melihat artikel yang telah disiarkan sebelum ini. 

Amy Ikram by wajib tonton. 

Catat Ulasan

0 Ulasan