18 BUAH FILEM PERANCIS MENGHIASI LE FRENCH FESTIVAL 2023

Bagi penggemar filem dan karya seni dari Perancis, Le French Festival 2023 melabuhkan tirainya. Festival yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh 
The Alliances Françaises de Malaisie dengan sokongan L'Oreal Paris bersama Golden Screen Cinemas. 

Sebanyak 18 buah  karya filem dari Perancis ditayangkan. Ia  berunsurkan komedi, cerita seram, drama, percintaan dan banyak lagi. Salah satu filem utama ialah adaptasi daripada novel The Three Musketeers oleh Alexandre Dumas, satu detik penting dalam kesusasteraan Perancis dan novel cerita yang penuh dengan tipu muslihat dan komplot.

'Rise En Corps, Novembre, Tenor, Adieu Monsieur Haffmann,  L’Innocent, Le Nouveau Jouet, Tirailleurs / Fathers & Soldier, Tout le monde aime Jeanne / Everybody Loves Jeanne,  Les Femmes du square / The Nannies, De son vivant / Peaceful, A plein temps / Full Time, Allons enfants / Rookies, Robuste / Robust, Les Trois Mousquetaires - D’Artagnan /  The Three Musketeers - D’Artagnan, Je verrai toujours vos visages / All Your Faces, Best Of Annecy Kids 2022, – Bonjour le monde / Hello World, dan Chien Pourri, la vie à Paris! / Stinky Dog, Happy Life in Paris merupakan antara 18 buah filem dari Perancis bakal menemui penonton dan peminat filem tanah air. Kesemua filem ini ditayangkan di beberapa pawagam GSC terpilih.

Festival yang diadakan kali ke-21 itu bermula dari 25 Mei hingga 25 Jun 2023. Menurut Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Presiden Alliance Française Kuala Lumpur melahirkan rasa teruja dengan penganjuran festival ini. Ia satu kejutan mendebarkan yang tentunya bakal berlaku.

“Apa yang menakjubkan tentang Festival Le French ialah sentiasa ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua orang, sama ada filem, gastronomi, seni visual, dan seni persembahan. Kepelbagaian hiburan yang disediakan ini sedikit sebanyak mampu mempromosikan bahasa dan budaya Perancis kepada masyarakat umum", Ujar Tengku Zatashah.

Namun menurut Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia, menyifatkan Le France Festival 2023 yang bakal berlangsung di empat buah bandar besar seperti Kuala Lumpur (25 Mei - 11 Jun), Pulau Pinang / Penang (8 Jun - 18 Jun 2023), Johor Bahru (15 Jun - 18 Jun), dan Kuching, Sarawak (22 Jun - 25 Jun) sebagai satu festival kesenian dan kebudayaan yang menawarkan pelbagai aktiviti bukan sahaja filem, malahan kesenian merangkumi muzik, seni visual, kulinari dan sebagainya.

Sebarang info berkaitan dan maklumat lanjut mengenai festival ini, anda boleh klik
di sini . Bagi peminat filem pula, anda boleh terus melayari laman GSC Cinemas untuk pembelian tiket bagi filem-filem terpilih.

Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan