ZIARAH UMRAH BUMI AMBIA, ANITA BIKERS & AL KANGSARI TRAVEL & TOURS JALIN KERJASAMA

Bagi memupuk semangat setiakawan dalam membantu golongan yang memerlukan sekaligus mengajak masyarakat umum untuk menunaikan Haji dan Umrah, Anita Bikers melalui Anita Entertainment & Productions dengan kerjasama Al Kangsari Travel & Tours Sdn. Bhd telah menganjurkan  Kursus Intensif Haji & Umrah ( Mekah & Madinah ). Kursus yang telah berlangsung baru-baru ini adalah rentetan daripada Asean Travel & Ride Ziarah Umrah Bumi Ambia yang bakal berlangsung pada 13 hingga 24 September 2023.

Anita Yusop, selaku Pengasas dan Presiden Anita Entertainment & Production berkata, pelantikan kepada Anita Entertainment & Productions /Anita Bikers berkuatkuasa dari 2023-2024 ,sebagai rakan strategik pemasaran jualan, penjenamaan dan promosi khas oleh Al Kangsari Travel & Tours Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Kangsar, Perak.

Kerjasama yang dijalinkan ini memulakan siri promosi pertamanya baru- baru ini pada 11 Jun ini dengan mengundang secara terbuka kepada umum bagi menyertai kursus Intensif Haji dan Umrah yang dianjurkan oleh Anita Entertainment & Productions / Anita Bikers Club.

Dengan kerjasama Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusannya iaitu Tuan Haji Mohd Nazan Bin Mohd Razali dan petugasnya. Galeri Nur Raudhah yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada penganjuran acara dan sidang media yang diadakan. 

Majlis dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Lukhman bin Haji Ghani ,Pegawai Khas kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah diiringi oleh isteri beliau Datin Nora, selaku konsultant dan penasihat khas Al Kangsari Travel & Tour Sdn. Bhd. 

Ketika ditemui media di Majlis Pengumuman Kerjasama Anita Bikers Merdeka Umrah Bumi Ambia yang diadakan di Galeri Nur Raudhah, Jalan Ampang,  Datuk Haji Mohd Lukhman bin Haji Ghani, menyifatkan kerjasama  antara Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd dengan Anita Bikers adalah satu usaha sama yang baik dan wajar diteruskan. Ia merupakan kerjasama bagi membawa masyarakat untuk menunaikan umrah secara termampu dengan kadar pakej umrah biasa yang tidak membebankan masyarakat. 

"Diterajui oleh seorang wanita yang sangat kental dan memiliki rangkaian bikers seluruh negara, Anita Bikers antara syarikat perusahaan hiburan dan bikers di bawah 
Anita Entertainment & Productions telah berusaha bersama Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd bagi menganjurkan acara ini. Majlis ini mendapat sambutan yang baik dengan penglibatan penyertaan seramai 50 peserta. 

"Menariknya juga hari ini, kita menampilkan barisan selebriti tanah air seperti penyanyi popular era 70-an, Rozita Rohaizad, Penerbit Filem Puan Hajjah Khatijah Abu Hassan, Pelakon Polis Evo 2, Shahkazen, Dato' Haji Azlie Halim, CEO Pengerusi Pelancongan Malaysia , Bekas Juruhebah popular, Ritchie Rachman dan banyak lagi," katanya. 

Selain itu, pengumuman kerjasama dua hala di antara Al Kangsari Travel & Tours Sdn. Bhd dengan Anita Entertainment / Anita Bikers  juga menyenaraikan satu misi khas Asean Travel & Ride Bumi Ambia oleh Anita Bikers yang bakal berlangsung pada 16 hingga 24 September2023. Ia turut mengundang semua penunggang motosikal berkuasa tinggi di seluruh Asia bagi menyertai Ziarah Travel Umrah & Ride di Mekah & Madinah pada September ini. Penyertaan dibuka untuk yang berminat menyertai kembara anjuran Anita Entertainment / Anita Bikers .

Okjektif acara jelajah ini diadakan adalah bagi memberi perkongsian ilmu peringkat awal dari segi fizikal dan jasmani bagi mereka yang ingin mengerjakan Haji dan Umrah, s
ama ada hanya utk perkongsian ilmu atau untuk yang menyertai pakej tawaran yang istimewa oleh Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd.

Antara aktiviti-aktivti menarik yang diadakan bagi Kursus Intensif Haji dan Umrah ini adalah pengenalan dan pakej tawaran penyertaan, sesi teori berkaitan pengurusan ibadah, simulasi dan tayangan video mengerjakan Haji dan Umrah serta sesi bagaimana menghayati sirah Junjungan Nabi Muhammad SAW dengan melawat galeri Nur Raudhah selaku lokasi tajaan rasmi acara dengan menyaksikan lebih dekat pelbagai barangan artifak sejarah peninggalan Rasulullah S.A.W. 

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus jelajah yang diadakan secara percuma ini dan menyertai pakej Haji dan Umrah atau menyertai Misi Kembara Anita Bikers boleh menghubungi 0179089946 atau 0176523183. 

Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan