MPO JAZZ BAND & FRIENDS: THE MUSIC OF STEVIE WONDER TAMPILKAN AISHA RETNO DAN SYAFIQ ABDILAH DI PENTAS BERTARAF ANTARABANGSA


Bagi meraikan sambutan ulang tahun ke 25 penubuhan Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO dengan bangganya mempersembahkan sebuah konsert jazz bertemakan The Music of Stevie Wonder melalui MPO Jazz Band & Friends pada Sabtu, 9 September 2023 jam 8.30 malam.  

Memilih Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang terletak di Menara Berkembar Petronas, KLCC sebagai lokasi utama penganjuran, MPO Jazz Band & Friends ini akan menampilkan Aisha Retno dan Syafiq Abdilah disamping Marques Young sebagai pengarah muzik. 

Konsert yang mengiktiraf hasil karya penyanyi / komposer terkenal dari Amerika itu merupakan sebuah persembahan eksklusif yang menghidangkan seleksi lagu-lagu malar segar dari pelbagai era bermula tahun 1970an hinggalah ke tahun 2000. Melaluinya, penonton akan dibawa merasai pengalaman istimewa yang tidak akan diperolehi dari mana-mana persembahan muzikal sebelum ini, kerana The Music of Stevie Wonder menjanjikan sebuah persembahan muzikal jazz dalam bentuk orkestra di sebuah dewan premium bertaraf antarabangsa. 


Ketika ditemui media, pengarah muzik Marques Young, yang juga pemain trombon MPO menyifatkan The Music Of Stevie Wonder yang akan berlangsung 9 September depan merupakan sebuah persembahan yang mengiktiraf hasil karya pemuzik kelahiran Amerika itu. 

"Melalui konsert ini, kami akan menampilkan seleksi lagu-lagu terbaik beliau seperti 'Don’t You Worry ‘Bout A Thing, Send One Your Love, I Wish, Rocket Love, Part Time Lover, Contusion, Golden Lady, Sir Duke' dan banyak lagi. Pemilihan Aisha Retno dan Shafiq Abdilah ini dibuat kerana mereka mempunyai tone suara yang bersesuaian dengan nafas muzik yang akan kami tampilkan. Peminat muzik wajar memberi peluang kepada bakat muda seperti mereka, dan saya percaya mereka mampu melakukan yang terbaik pada malam konsert itu nanti," katanya.

Marques Young mempunyai Bachelor’s Degree of Music dari The Juilliard School, New York, dan pernah membuat persembahan bersama the American Brass Quintet, Buffalo dan New York Philharmonic,  Arkansas dan Charleston Symphony, dan Aspen Festival Orchestra. Beliau pernah mengedarkan album perdana, Duel Citizenship, pada tahun 2016, dan terlibat dalam pembikinan album-album Bassment Syndicate iaitu 25 hrs dan Morning. Dalam pada itu, Young juga merupakan salah seorang ahli Fakulti Trombon di Yong Siew Toh Music Conservatory di Singapura dan University of Malaysia. Beliau juga adalah artis di bawah pengurusan Thein Brass, Willie’s Custom Mouthpieces dan MVQ.


Aishah Retno dan Syafiq Abdilah, dua bakat muda yang lahir dari program realiti televisyen Big Stage 2022. Aisha telah melancarkan beberapa single sejak terlibat dalam dunia seni pada tahun 2018 dan mendapat tempat ketiga dalam program Big Stage pada tahun 2022. Single perdana berbahasa Inggeris beliau ialah W.H.U.T. mendapat tontonan 32 juta dan melayakkan Anugerah Emas. Syafiq melancarkan single perdana pada tahun 2019 yang meraih tontonan 500,000 di YouTube. Beliau juga merupakan finalis untuk program Big Stage pada tahun 2022 dan seterusnya melahirkan single bertajuk Kekal.

Berkongsi kepada media, Aisha Retno yang juga merupakan anak kepada penyanyi legenda Indonesia tahun 1980an, Jean Retno Aryani berkata, beliau teruja ketika dihubungi pengurusan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) melalui Marques Young untuk terlibat dalam konsert ini apatah lagi dapat mengadakan persembahan diiringi orkestra bertaraf antarabangsa ini. Manakala Syafiq Abdilah pula menegaskan beliau akan membuat persembahan yang terbaik pada malam tersebut agar peminat muzik dan karya Stevie Wonder akan pulang dengan perasaan gembira setelah menonton persembahan ini nanti.


The Music of Stevie Wonder yang dipentaskan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur pada 9 September 2023, jam 8.30 malam itu sudah mula dijual tiketnya. Peminat muzik yang ingin menonton bagaimana Aisha Retno dan Syafiq Abdilah beraksi di pentas DFP bersama Marques Young secara orkestra, bolehlah segera dapatkan tiket anda, sebelum ia kehabisan stok. 

Amy Ikram by wajib tonton.


Catat Ulasan

0 Ulasan