BERONA DAY RIZKY FEBIAN, BUAT PEMINAT RESAH

Malam Kuala Lumpur penuh warna apabila dihiburkan oleh sang ‘crooner’ bersuara romantis dari seberang, Rizky Febian dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya di Malaysia, ‘AN ALBUM LIVE CONCERT: BERONA DAY RIZKY FEBIAN’ pada 3 November lalu. Konsert yang bermula jam 8:30 malam itu memilih Megastar Arena KL @ Sg. Wang Plaza, sebagai lokasi penganjuran di mana Hitman Solutions sebagai penganjur.

Ketika bercakap kepada media, pelantun suara lagu Hingga Tua Bersama dan Kesempurnaan Cinta itu menyifatkan konsert yang berlangsung selama 3 jam itu sebagai kenangan yang cukup bermakna.

“Saya masih tidak boleh ‘move on’ terhadap konsert lalu dan mahu menghiburkan lagi peminat di Malaysia kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bagi, dan buktinya pada malam Berona Day ini, penuh ‘rona’ melalui lagu-lagu yang saya sampaikan buat semua penonton,” kongsi pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25 tahun.

Konsert yang berkonsepkan album ini merupakan siri jelajah rangka mempromosikan album kedua Rizky berjudul ‘Berona’ yang dilancarkan pada 21 Julai tahun ini. Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu ini adalah hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.

Lebih 4000 penonton dihiburkan selama hampir 2 jam dengan 18 buah lagu kesemuanya, diantaranya Berona, Luka, Kesempurnaan Cinta, Indah Pada Waktunya, Ego, Seperti Kisah, Selaras Kata, Ragu, Terpesona, Membisu serta lagu-lagu hits Rizky yang terdahulu.

Selaku pengarah muzik bagi konsertnya sendiri, penonton berpeluang merasai sendiri warna nyanyian yang berbeza dan lebih dewasa yang disampaikan Rizky.

Katanya, “Dari segi susunan muzik, saya sendiri yang menentukan ‘warnanya’ sesuai dengan usia saya yang semakin meningkat dengan diiringi barisan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Terima kasih buat semua yang hadir pada malam ini kerana menjadikan konsert Berona Day sebuah momen berharga bagi saya yang akan saya simpan sampai bila-bila, kepada pihak penganjur, Hitman Solutions, terima kasih kerana menjadikan impian saya untuk kembali ke Malaysia menjadi realiti," katanya.

En. Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, “Konsert Berona Day ini tidak mungkin berlaku jika bukan permintaan yang tinggi terhadap Rizky yang mempunyai pengaruh media sosial kuat dikalangan penggemar muzik tempatan.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai artis-artis muda yang berkebolehan seperti Rizky, baik artis tempatan mahupun antarabangsa yang dapat mewarnai industri hiburan tanah air kita," katanya.

Merujuk kepada rancangannya yang akan datang, En Rohit berkata, "Hitman Solutions melihat untuk menganjur lebih kurang 21 konsert untuk artis tempatan dan antarabangsa pada tahun 2024. Terdapat banyak permintaan dari peminat-peminat serta keinginan artis antarabangsa untuk menyenaraikan Malaysia dalam senarai konsert jelajah dunia mereka.”

Perjalanan konsert tergendala apabila seorang peminat mengalami masalah gangguan pernafasan menyebabkan Rizky terpaksa menghentikan nyanyian lagu Indah Pada Waktunya.

Namun, tiada sesuatu serius berlaku dan selepas melihat peminat kembali pulih barulah Rizky meneruskan persembahan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan termasuk para penaja – Era FM & Gegar.my (Radio Rasmi), RFAS MUSIC (Rekod Music Rasmi), Sunway Putra Hotel (Hotel Rasmi), Batik Air (Syarikat Penerbangan Rasmi) dan disokong oleh Tourism Malaysia.

Catat Ulasan

0 Ulasan