DATO' AZMIR DILANTIK CEO FINAS


Dato' Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa hari ini.

Finas dalam kenyataan semalam memaklumkan pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun hingga 31 Okt 2025.

Azmir Saifuddin yang berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom memulakan kerjayanya di Bahagian Kreatif Multimedia Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.

Sebelum ini, Azmir pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah FINAS antara Januari 2017 hingga 2019. 

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir Saifuddin mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan