HERO DEWI REMAJA 2023 BAKAL LAHIRKAN BINTANG BAHARU

Buat pertama kalinya, jenama Hero Remaja dan Dewi Remaja disatukan menjadi 'Hero Dewi Remaja' . Penggabungan jenama bagi program realiti popular ini adalah bertujuan untuk mencari pelapis baharu yang dapat mewarnai industri seni tanah air. 

Dalam usia menjangkau tiga dekad lamanya, Hero Remaja dan Dewi Remaja yang wujud sejak 1990 dan 1985 ini telah melahirkan ramai bintang seni yang menyinar dalam industri hiburan dan perfileman tempatan. Nama-nama seperti Esma Daniel, Badrul Muhayat, Azhar Sulaiman, Kamal Adli, Fattah Amin, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Tengku Anis, Aleeza Kasim, Jasmeen Kaur, Juliana Banos, Scha Al-Yahya, Noor Neelofa, Shaza Bae dan ramai lagi itu telah menjadikan jenama Hero Remaja dan Dewi Remaja sebagai platform utama bagi mengembangkan bakat dikalangan generasi muda untuk menjadi 'seseorang' yang hebat di dalam industri seni tanah air. 

Scha Al-Yahya yang pernah memenangi Juara Dewi Remaja 2005/06 dipilih sebagai mentor dan juri tetap bagi edisi terbaharu ini. Pemilihan beliau bertepatan berdasarkan portfolionya yang berjaya sebagai seorang selebriti serba boleh dan alumni Dewi Remaja paling berpengaruh.

Menurut Idlan Zahari yang merupakan pengurus saluran Astro Ria menyifatkan pembikinan Hero Dewi Remaja 2023 adalah untuk melahirkan pelapis baharu yang mempunyai aura dan personaliti yang mampu memukau serta memberi nafas baharu kepada jenama Hero dan Dewi yang sudah bertapak di dalam industri hampir 30 tahun lamanya.

"Seramai 16 Hero dan Dewi dipilih bagi edisi kali ini. Setiap dari mereka harus mempamerkan personaliti terbaik dengan tugasan yang mencakupi pelbagai genre dan cabaran. Ini penting bagi membentuk gaya sekaligus mencungkil bakat terpendam di kalangan mereka," katanya pada sidang media Hero Dewi Remaja 2023 yang telah diadakan baru-baru ini. 

Pada masa sama, Idlan menyatakan pada musim ini cabarannya sedikit berbeza berbanding musim terdahulu di mana setiap peserta boleh bergabung antara satu sama lain bagi membina keserasian untuk mempamerkan kreativiti di luar kotak.

Namun bagi Scha Al-Yahya pula, setiap Hero dan Dewi melalui 16 peserta perlu mempamerkan skil komunikasi, penampilan yang menarik, peka dengan isu semasa, mempunyai keyakinan yang tinggi serta mampu menjawab temu bual secara konsisten dan baik. 

"Elemen inilah menjadi tunjang kepada pembentukan bakat baharu di kalangan peserta. Kita tahu setiap dari mereka ada auranya, namun kita mencari 'winners of the winners' bermaksud siapa yang lebih menonjol di kira sebagai pemenang," katanya.

Bakal bersiaran pada 10 November 2023, iaitu setiap Jumaat jam 10.00 malam, Hero Dewi Remaja 2023 bakal menyenaraikan 8 orang Hero dan 8 orang Dewi  bagi merebut juara Hero Dewi Remaja 2023. 

Berikut adalah senarai penuh peserta Hero Dewi Remaja 2023:-

NO.

FINALIS HERO DEWI REMAJA 2023

UMUR

NEGERI ASAL

1

Arabella Ellen binti John Robert Nelson

18

Selangor

2

Nurelyana binti Baharin

21

Sarawak

3

Qistina Rania binti Fakhrul Azam

22

Kelantan

4

Nur Azka Azimah binti Ahmad Aziz

23

Sabah

5

Cora Waybin

23

Sabah

6

Nuramira binti Mohamed Rafid

23

Selangor

7

Nur Adrina binti Kamaruddin

24

Kelantan

8

Nur Amirah Afrina binti Mohd Hashim

24

Kedah

9

Aariz Iskandar bin Idris

18

Selangor

10

Tan Jia Song

21

Selangor

11

Mohd Al Hakim Khan bin Fakhruh Hadi

22

Selangor

12

Azri Safix bin Mohd Razal

23

Kuala Lumpur

13

Che Aiman Ameer bin Che Kamarudin

23

Johor

14

Muhammad Fitri bin Mohd Farok

24

Kuala Lumpur

15

Razin Qidran bin Noor Hisham

24

Kuala Lumpur

16

Evertts McClane Gomes

25

Sabah


Catat Ulasan

0 Ulasan