VOKAL LUNAK AILEE AKAN MEMUKAU PEMINAT DI AILEE: I AM HERE


Malaysia, anda sudah bersedia untuk sebuah persembahan ratu vokal K-POP  AILEE? Seperti yang kita sedia maklum, Ailee telah mengumumkan akan membuat konsert di Malaysia pada bulan Jun ini. Konsert yang bakal mencipta fenomena ini tentunya akan memberikan memori dan juga keterujaan peminat di Malaysia. 
Mencipta fenomena di seluruh dunia dengan lagu 'I Will Go To You Like The First Snow' runut bunyi untuk Drama paling sensasi dan hangat Guardian: The Lonely and Great God (GOBLIN). Siapa yang tidak mengenali Ailee, Penyanyi bersuara lunak yang mendapat gelaran 'RATU RUNUT BUNYI' ini. Lagu - lagu yang disampaikan Ailee sememangnya memukau dan mampu meninggalkan kesan kepada peminat drama Korea. 
Selepas 11 tahun, Ailee kini kembali ke Malaysia, Ailee bakal mengegarkan Kuala Lumpur sekali lagi. Ailee yang mendapat tempat di hati peminat K-POP menerusi lagu 'Heaven' ini akan membuat konsert pertamanya di Malaysia. Ailee, I AM: HERE akan berlangsung pada 22 Jun 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Apabila baru sahaja diumumkan pada awal Mac lalu, kebanyakkan tiket telahpun terjual dan ini membuktikan kehebatan Ailee sebagai penyanyi berkaliber. 
Harga tiket telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu SUPER AILEEANS/ VIP (RM858), CAT 1 (RM628), CAT 2 (RM528), CAT 3 (RM428), CAT 4 (RM358) dan CAT 5 (RM288). Jualan tiket telahpun dimulakan secara rasmi di laman web LOL Asia pada 2 Mac lalu bermula jam 12 tengah hari. Untuk makluman terkini, tiket untuk Konsert Ailee, I AM: HERE hanya tinggal  CAT 1, CAT 2 dan CAT 3. Bagi Super Aileeans (VIP), CAT 4 & 5 telahpun habis dijual.
Bagi peminat Ailee yang masih belum membeli tiket, anda masih berpeluang menyaksikan Ailee beraksi di pentas Mega Star Arena dan melantunkan lagu-lagu hitsnya. Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda disana. 

Untuk makluman lanjut dan pembelian tiket anda boleh layari laman sesawang rasmi LOLAsia di SINI


Catat Ulasan

0 Ulasan