Kumpulan K-girl band QWER, yang menggabungkan tenaga kumpulan rock dengan pesona bintang dalam talian, telah memulakan konsert jelajah dunia pertama mereka pada bulan Oktober ini, QWER 1ST World Tour ‘ROCKATION’.
Konsert yang amat dinanti-nantikan ini akan berada di Malaysia pada 17 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur, dianjurkan oleh O.N Worldwide bersama Boom Culture Sdn Bhd.
Tajuk konsert ini, ‘ROCKATION’, menggabungkan perkataan “rock” dan “vacation”, yang menggambarkan semangat kumpulan ini untuk “bercuti sambil beraksi rock” serta menampilkan persembahan penuh tenaga dan keseronokan buat para peminat di seluruh dunia.
Tajuk ini juga memainkan bayangan kepada perkataan ‘location’, menandakan perjalanan QWER untuk berhubung dengan peminat di lokasi-lokasi serata dunia. Konsert ini bermula dengan tiga persembahan habis dijual di Seoul. Peminat di Korea Selatan menikmati persembahan penuh tenaga, muzik live yang menggegarkan, serta karisma pentas QWER yang memukau, meninggalkan impak luar biasa dan membangkitkan keterujaan di seluruh dunia menjelang destinasi seterusnya.
Selepas Seoul, jelajah ini akan diteruskan ke beberapa bandar utama di seluruh dunia termasuk lapan lokasi di Amerika Syarikat (Brooklyn, Atlanta, Berwyn, Minneapolis, Fort Worth, Houston, San Francisco dan Los Angeles) serta lapan bandar di Asia (Macau, Kuala Lumpur, Hong Kong, Taipei, Fukuoka, Osaka, Tokyo dan Singapura). Jadual jelajah yang padat ini telah membuktikan populariti QWER yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa.
QWER ditubuhkan melalui projek siri YouTube “My Favorite Idols” oleh Tamago Production. Siri ini mendokumentasikan perjalanan empat ahli — Chodan, Magenta, Hina, dan Siyeon yang berasal daripada latar belakang yang berbeza dan bersatu di bawah nama QWER untuk mencipta keharmonian yang sungguh unik.
Sejak debut mereka pada tahun 2023 dengan lagu bertajuk “Discord”, QWER telahmelancarkan beberapa lagu viral termasuk “T.B.H” (2024), “Fake Idol” (2024), “My Name is Malgeum” (2024) dan “Dear” (2025). Dengan gabungan gaya rock dan persembahan idol yang tersendiri, QWER terus memikat hati peminat di atas pentas dan di platform digital.
Tiket akan mula dijual secara eksklusif di my.bookmyshow.com pada 6 November 2025, jam 12 tengah hari. Peminat boleh memilih daripada empat kategori tiket, setiap kategori menawarkan pengalaman unik untuk merasai kehangatan konsert QWER — sama ada merasai debaran di zon berdiri paling hadapan atau menikmati keselesaan tempat duduk dengan pandangan pentas yang terbaik.
Kategori Tiket & Manfaat Peminat:
QWER Zone (RM550) – Zon berdiri paling hampir dengan pentas. Peminat dalam kategori ini berpeluang dipilih untuk menikmati kelebihan istimewa seperti:
● Sesi foto berkumpulan bersama ahli QWER (20 peminat setiap kumpulan)
● Polaroid bertandatangan (tandatangan satu ahli, rawak)
● Poster bertandatangan
CAT 1 Berdiri (RM450) & CAT 2 Duduk (RM450) – Kedua-dua kategori ini menawarkan peluang untuk memenangi:
● Polaroid bertandatangan (tandatangan satu ahli, rawak)
● Poster bertandatangan
CAT 3 Duduk (RM350) – Termasuk peluang memenangi poster bertandatangan (10 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak)
*Semua harga tiket tidak termasuk caj tempahan dan transaksi, serta tertakluk kepada SST sebanyak 8%. Setiap pemegang tiket akan menerima satu set photocard edisi khas Kuala Lumpur dan menikmati sesi Hi-Bye, iaitu sesi istimewa untuk peminat berinteraksi dengan QWER dari dekat.Bagi peminat yang ingin menikmati ‘ROCKATION’ sepenuhnya, Pakej VIP (RM650)
menampilkan pengalaman eksklusif dan tidak dapat dilupakan!
Pakej ini merangkumi:
● Satu (1) tiket QWER Zone (berdiri)
● Akses ke sesi soundcheck
● Satu (1) set photocard VIP edisi terhad
● Kemasukan awal (priority entry)
● Sesi Hi-Bye
● Satu (1) set photocard Kuala Lumpur edisi khas
● Peluang memenangi sesi foto berkumpulan, polaroid bertandatangan dan poster bertandatangan.
Selepas konsert habis dijual di Seoul, QWER kini meneruskan jelajah mereka ke Amerika Syarikat dan lapan rantau di Asia — termasuk Taipei yang turut mencatat jualan penuh. Kini, giliran Kuala Lumpur pula, yang dijangka menjadi antara persembahan paling gempak dalam siri jelajah ‘ROCKATION’. Peminat boleh menantikan lagu-lagu kegemaran, persembahan bertenaga, dan aura berwarna-warni yang menjadikan QWER fenomena global! Kami juga berbesar hati mengumumkan bahawa Hot FM, Fly FM dan Eight FM, di bawah Media Prima Audio, merupakan rakan radio rasmi bagi konsert QWER 1ST World Tour ‘ROCKATION’ in Kuala Lumpur.
Tiket akan mula dijual tidak lama lagi — tandakan tarikh dan saksikan QWER secara langsung di Kuala Lumpur!


.jpg)
_KL-03%20(2).png)




0 Ulasan