Pada 8 Mac 2026 yang lepas bertempat di Astana Putra, UPM Serdang telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Iftar bersama kumpulan Drama Band. Majlis Iftar dihadiri oleh Kelab Peminat mereka Geng Drama, ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka. Turut diraikan pada malam itu adalah 47 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim, Asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) serta Mualaf dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi, Cheras. Apresiasi & Iftar bersama Drama Band ini tajaan Aepul Roza Ent bersama-sama Astana Putra.
Selain berbuka puasa bersama, Mereka juga turut mengadakan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih bersama-sama. Selepas itu, Drama Band juga turut menyumbangkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Peminat juga tidak ketinggalan untuk beramah mesra bersama ahli kumpulan Drama Band sebelum Majlis selesai.
Selain berbuka puasa bersama, Mereka juga turut mengadakan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih bersama-sama. Selepas itu, Drama Band juga turut menyumbangkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Peminat juga tidak ketinggalan untuk beramah mesra bersama ahli kumpulan Drama Band sebelum Majlis selesai.
Terbaharu, Drama Band akan muncul dengan lagu "OI!". Lagu yang ditulis sendiri oleh Aepul Roza kali ini secara terangan bersuara kepada seorang pempengaruh yang memandang remeh kerjaya mereka sebagai insan seni. Walau mendapat respon negatif daripada pengguna media sosial, Drama Band tidak melatah dan tetap mahu meneruskan karya ini.
"Kali ini kenapa kami berbuat begini (membuat lagu) kerana kami perlu bersuara juga, selama ini kami hanya mendiamkan diri kerana kami tahu ianya hanya untuk konten media sosial, tapi dia merendah-rendahkan kerjaya yang kami perjuangkan bermati-matian selama ini. Dan apa yang kami buat sekarang ini adalah kami hanya bersuara kembali dalam bentuk karya". Kata Aepul Roza. Menurutnya lagi "Kami bukan jenis yang menjerit sana sini, kami siapkan lagu, mari kita dengarkan bersama-sama. InsyaAllah lagu ini akan dilancarkan selepas raya nanti."
Pada 25 Februari yang lalu, mereka telahpun memuat naik teaser lagu 'Oi!' di media sosial mereka dan lagu ini turut melibatkan kolaborasi bersama seorang rapper lagenda.
Aepul Roza mengganggap semua ini adalah permainan persepsi, "Budak ini sebenarnya walaupun kita sedang bidas dia, saya tahu dia bijak dan dia sedangkan mainkan permainan persepsi. Jika kita beri perhatian pada dia, dia akan lagi besar. Saya kata dia bijak kerana dia tahu permainan ini."
Ditanya pula pendapat Aepul tentang lagu-lagu yang dihasilkan secara Kecerdasan Buatan atau Ai yang semakin tular dan menjadi trend ketika ini. Sebagai komposer Aepul turut berasa 'insecure' kerana bagi menghasilkan sesebuah lagu itu bukan mudah. Baginya, kita perlu seiring dengan peredaran teknologi di zaman kini. "Kita tak boleh sombong untuk menentang teknologi ni, cuma apa yang kita boleh buat sebagai pengkarya dan penulis lagu, kita perlu memberi kesedaran kepada mereka yang supaya lebih bertanggungjawab."
Menjawab kepada tularnya isu lagu 'Cinta tersimpul rapi' itu, Aepul berkata tidak boleh menyalahkan pendengar yang mengatakan versi AI lebih sedap didengar kerananya ianya sesuai dengan keadaan ketika ini. "Guna Ai boleh tapi jangan curi hak orang. Kita boleh explore kerana teknologi memang untuk kita explore tetapi pendirian asas kita sebagai manusia kita perlu pegang rapat dahulu. Kita memang tak boleh lawan AI. kita hanya boleh menyesuaikan diri kita dalam AI. Kita perlu landaskan kepada nilai -nilai murni manusia. Hormati hak dan karya orang lain."





0 Ulasan