Muallaf.. adakah ia kontroversi?




Bukan ingin mencari kontroversi atau bahan pelaris akhbar mahupun publisiti yang sengaja digembar-gemburkan, filem Muallaf naskhah terbaik Sutradara Yasmin Ahmad, khabarnya bakal mencetus kontroversi di Malaysia apabila ia ditayangkan kelak. Bagi saya, Yasmin seorang pembikin filem yang cukup kreatif dalam menyampaikan mesej melalui garapan dalam setiap pembikinan karyanya, namun saya cukup risau sekiranya filem Muallaf, bakal mencetuskan kontroversi melalui poster yang memaparkan seorang wanita muslim bertudung putih, yang dikatakan cara pemakaiannya adalah salah bagi wanita muslim. Kebanyakkan pendapat yang saya temui, rata-ratanya menganggap pemakaian tudung sebegitu adalah salah dan ia bukan identiti wanita Muslim. Benarkah kata-kata saya ini?.. Saya memerlukan pandangan anda terhadap isu ini untuk dikongsi bersama. Sebelum ini, filem Muallaf menimbulkan kontroversi apabila pelakon wanita terbaik FFM19, Sharifah Armani telah membuat keputusan untuk membotakkan kepalanya bagi menghayati watak dalam filem arahan Yasmin Ahmad itu. Armani dikatakan mengambil risiko yang amat tinggi dengan mengetepikan pelbagai hujah daripada pelbagai pihak yang tidak menggemari karya Yasmin Ahmad, dikatakan pengarah 'pencemar budaya', namun atas usaha yang gigih, kini nama Yasmin mula di kenali sebagai karyawan filem yang cukup berpengaruh sehinggakan setiap karyanya di nanti-nantikan ramai pihak. Walaupun apapun yang terjadi atas karya ini, saya merasakan Muallaf bakal mencetuskan satu fenomena baru dalam industri filem Malaysia pada 2009 nanti.

p/s: Artikel ini bukan bertujuan mencetuskan kontroversi pada Muallaf, tetapi pendapat saya memerlukan pandangan anda secara jujur bukan bersifat rasa iri hati. Pendapat yang positif di alu-alukan. Pada Ajami.. jangan lupa ajak aku kalau ada preview filem Yasmin.. ye.. go yasmin.. u are great filmmaker..

Catat Ulasan

0 Ulasan