Seniman & Tokoh Filem Yang Di Segani.. Tribute To Jins Shamsudin



Video Editor : Hadely Md Esa
Script : Amy Ikram Ismail
Narrator : Ahmad Tarmimi Serigar

Dalam Kenangan..

14 Oktober 2008, perginya seorang seniman terbilang di dalam organisasi FINAS. Jasa dan baktinya akan dikenang dan dihargai oleh segenap warga filem. Sumbangannya dalam memartabatkan industri filem tempatan melalui FINAS sehingga termaktub melalui Dasar Perfileman yang diperjuangkan sehingga kini. Itulah disebalik jasa pada nama yang cukup indah, YB Senator Tan Seri Datuk (Dr) Jins Shamsudin, mantan Pengerusi Finas yang telah pun bersara dalam perkhidmatannya selama 3 tahun menerajui perbadanan tersebut. Beliaulah yang mencadangkan FINAS ditubuhkan melalui akta perbadanan, sehinggakan kini FINAS merupakan badan utama dalam memperkembangkan industri filem Malaysia, sehinggakan terkenal di seluruh pelosok dunia..

Namun, walaupun pemergian atas persaraan Tan Seri Jins Shamsudin, FINAS kini akan diterajui pengerusi baru, Razali Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Muar. Justeru, diharapkan dengan pelantikan Razali Ibrahim sebagai pengerusi baru, kerancakkan industri Filem Malaysia melalui FINAS akan lebih berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa lagi. Warga filem melalui FINAS, mengalu-alukan kedatangannya dalam organisasi tersebut. Amin...


Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam saudara,
saya mengikuti perkembangan blog saudara, bagaimana kalau saya ingin mendapatkan khidmat cameraman bagi rakaman sesuatu projek? disini saya perhatikan jurukamera hadely md esa begitu berkesan. Bagaimana kalau saya ingin mendapatkan khidmat beliau bagi projek rakaman syarikat saya?

Terima kasih.