Geng: Penggembaraan Bermula, sudah kutip RM 2 juta

Sudah seminggu, filem Geng: Penggembaraan Bermula ditayangkan dipawagam, dan jumlah kutipan tiketnya di seluruh Malaysia telah melonjak naik ke angka RM 2 juta ringgit. Hebatkan?. Dalam sebulan lagi, pastinya filem Geng: Upin dan Ipin ini akan memecah rekod Box Office Filem Malaysia dengan kutipan RM 8 - RM 10 juta. Maknanya, filem ini diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia yang menantikan hampir 3 tahun lebih untuk menyaksikan produk pertama Les'Copaque Productions ini. Ia boleh dikatakan agak berbaloi dan tidak mengecewakan penonton yang rata-ratanya terdiri daripada pelbagai kaum tidak kira peringkat umur sanggup bersesak-sesak untuk membeli tiket bagi menonton filem yang menampilkan dua kembar yang comel, Upin dan Ipin ini. Anda tidak percaya?. Pergilah sendiri meninjau lokasi-lokasi di mana filem ini ditayangkan, terutamanya pada hujung minggu. Tetapi, persoalan di sini ialah 'kenapa filem ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dan menerima kritikan positif daripada semua pengkritik filem, para blogger, para pensyarah filem dan para penonton?'. Sebabnya ialah, filem ini menampilkan jalur cerita yang sangat kompleks, naratif cerita yang pelbagai, komedi yang menghiburkan dan tidak klise seperti filem-filem komedi murahan yang lain serta ia menampilkan Upin dan Ipin sebagai maskot utama kepada penggerak cerita geng ini'. Saya percaya, sekiranya filem ini dilebarkan sayapnya ke luar negara, nescaya Malaysia akan mencipta sejarah sepertimana filem-filem Animasi Japan, 'Doraemon dan Sin Chan' yang terkenal seluruh dunia, walaupun ia bukan filem 3D macam Upin dan Ipin. Bagi anda yang belum lagi menonton filem ini, segeralah serbu ke pawagam sekarang kerana ia menjanjikan kepuasan yang cukup mengkagumkan. Percayalah, anda tidak akan puas menonton filem ini buat kali pertama dan saya percaya anda akan menonton filem ini buat kali kedua., ketiga dan keempat. Bawalah seluruh ahli keluarga anda ke pawagam sekarang dan jangan hanya menunggu untuk filem ini keluar di kaca TV ataupun DVD kerana menonton di layar skrin yang besar di pawagam amat jauh bezanya dengan menonton di kaca TV, walaupun rumah anda mengggunakan TV Plasma ataupun Home Theater. Beza sangat..

TRAILER



kawan-kawan, dah tonton penggembaran saya bersama Opet dalam filem Geng ini?.Comelkan Opet?. Aah.. ipin lagi comel.. betul tak?.

p/s: Filem ini mesti tonton... so.. apa pandangan anda terhadap filem ini? Jom kita sembang-sembang..

Catat Ulasan

0 Ulasan